“Cepat betul kurus..” – Makin langsing, penampilan terbaru Leona raih perhatian
Pempengaruh terkenal, Leona makin langsing dan mengakui bahawa dirinya mengambil suntikan buang lemak di bahagian dagu di klinik serta mengupah jurulatih kesihatan.
Perkara tersebut telah dikongsikan Leona atau nama sebenarnnya Kasih Iris Leona menerusi TikTok miliknya apabila ramai yang bertanyakan tentang perubahan fizikal yang kian langsing.
@leonathe2nd My secret
Cerita Leona tanpa berselindung, dia telah mengambil suntikan bagi membuang lemak di bahagian dagu dan mengupah jurulatih peribadi bagi membantu dalam aktiviti senamannya.
“Ya, saya pergi ke gim. saya ada jurulatih peribadi yang merancang latihan kecergasan untuk saya.
“Terima kasih juga kepada doktor saya kerana dagu berlapis (double chin) ini tidak akan hilang dengan sendiri.
“Saya pergi ke klinik dan buat suntikan. Sebab itu dagu berlapis saya cepat hilang hanya dalam tempoh dua minggu. Kesannya sangat pantas!,” jelasnya.
Leona juga sempat menitipkan pesan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan supaya mengunjungi doktor yang bertauliah supaya tidak menimbulkan masalah lain di masa akan datang.
“Jika anda ingin melakukan sesuatu kepada tubuh anda, pastikan doktor anda seorang yang profesional.
“Jangan pergi klinik sembarangan sebab anda mungkin berdepan dengan komplikasi. Jadi tolonglah pilih klinik dan doktor yang benar-benar bertauliah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Leona menyatakan selain daripada mengikuti prosedur kecantikan dengan mengambil suntikan serta melakukan aktiviti senaman, dia turut menjaga pemakanan kerana perkara terbabit adalah sangat penting dalam menurunkan berat badan.
Meskipun belum berpuas hati sepenuhnya, dia bersyukur kerana sudah hampir mencapai berat badan yang ideal.
“Selain pergi gim dan menerima suntikan di klinik, saya juga menjaga pemakanan kerana pemilihan makanan memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan.
“Tapi apa pun setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza, tolong jangan bandingkan diri anda dengan saya.
“Sekarang saya masih belum berpuas hati dengan bentuk badan saya tetapi saya hampir mendapatkannya,” katanya lagi.
@leonsmeonss I struggled so much today lol
Menerusi video terbabit juga, pempengaruh berusia 22 tahun itu menyatakan apa yang dilakukan saat ini datang dari keinginannya sendiri dan langsung tidak mengendahkan tentang komen-komen negatif dibuat netizen sebelum ini mengenai bentuk tubuhnya.
“Saya ingin jelaskan saya tidak melakukan ini semua kerana menerima komen-komen negatif.
“Sebaliknya perubahan ini adalah atas kehendak diri sendiri untuk penampilan lebih baik,” katanya.
Terdahulu, video Leona sewaktu menghadiri majlis perkahwinan telah mencuri perhatian ramai apabila terlihat langsing berbanding sebelum ini.
Dia juga ada berkongsi aktivitinya di gim dan dipantau oleh jurulatih kesihatan sewaktu dia melakukan senaman.