Sanusi ke Jepun, netizen cari nama syarikat tapi tak jumpa

Sanusi ke Jepun, netizen cari nama syarikat tapi tak jumpa

 

Delegasi kerajaan negeri Kedah diketuai Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dikatakan atas urusan rasmi ke Jepun mengundang tanda tanya orang ramai.

Tertera pada kain rentang yang dikongsikan Pejabat Menteri Besar Kedah nama syarikat yang dikunjungi mereka ialah “The Water Malaysia Sdn Bhd”.

Selain itu, tarikh lawatan rombongan Menteri Besar Kedah itu ke Kumamoto, Jepun yang terpampang pula hanya pada 18 dan 19 September.

Menurut Harapandaily, ramai membuat semakan dan carian nama syarikat itu di Google tetapi tidak menemui perincian maklumat mengenai “The Water Malaysia Sdn Bhd”.

Dalam masa sama, ada bertanyakan sama ada Sanusi sudah balik ke Kedah yang pada masa ini teruk dilanda bencana banjir.

“Sanusi balik tak lagi tu dari “urusan kerja” di Jepun? Ikut banner sampai 19 September saja tu,” kata netizen.

Dalam masa sama, timbul juga pertanyaan dalam kalangan warganet mengenai kewajaran untuk Sanusi pergi ke Jepun meninjau operasi sistem takungan air bawah tanah yang kononnya dirancang akan dilaksana di Langkawi.

Antaranya, Muhammad Adib yang berkata, “Awat MB jadi jurutera projek ka yang dia kena celapak pi tu? Kalau hantar jurutera balik mai brief sikit sikit kat dia tak boleh ka?”.