Cara Timbalan Menteri Agama jawab isu arak jenama TIMAH naif

Cara Timbalan Menteri Agama jawab isu arak jenama TIMAH naif

 

Saya tunggu mana-mana orang kerajaan jawab dan balas isu arak bernama mirip perempuan, Timah. Apa yang ditunggu nampaknya sudah tiba, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary tampil menjelaskannya.

Mungkin dia cuba mengelak, tetapi memandangkan dia lebih banyak bercakap hal Islam berbandingnya bosnya, maka isu Timah itu diajukan kepadanya.

Katanya isu arak berjenama Melayu itu tidak boleh dipersalahkan kerajaan, sambil mengakui pengeluaran arak di negara ini wujud sejak lama dahulu.

Justeru katanya tidak wajar mengaitkan arak itu dengan kerajaan. Apakah timbalan menteri ini faham duduk perkara itu. Apakah dia tidak tahu bahawa lesen atau kelulusannya diberikan oleh kerajaan, bukan oleh Mat Sabu atau Guan Eng yang bertanggungjawab.

Marzuk kena belajar banyak lagi cara-cara untuk jawab isu-isu berbangkit dalam kerajaan agar orang tidak “mengetap bulu” dengannya. Jangan kerana dia jadi ahli parlimen Pengkalan Chepa maka beliau belajar jawab isu politik berbangkit daripada Mohd Amar Nik Abdullah. Ada yang boleh tiru Mohd Amar ada yang tidak.

Daripada menjelaskan demikian, “jangan babitkan kerajaan” elok kalau dia kata, “kerajaan akan siasat macam mana nama arak ala-ala perempuan Melayu itu berlaku dan mencari relevansinya.” Atau berjanji akan menukar nama itu daripada Timah kepada Henddy atau Snaky atau apa-apa. Jawaban sebegitu rasanya lebih manis.