Rupanya ada cara mudah nak putihkan semula baju lama yang dah kuning, guna 5 bahan saja
Fabrik berwarna putih yang disimpan dalam jangka panjang boleh menyebabkan perubahan warna kain sehingga menjadi kuning.
Tompokan atau kawasan berwarna kuning ini sering dilihat pada bahagian lipatan kain.
Kebiasaannya, kaedah basuhan biasa tidak cukup untuk menghilangkan kesan kuning ini.
Jadi teknik khas diperlukan untuk mendapatkan semula warna putih atau kecerahan asal pakaian tersebut.
Salah satu cara paling berkesan adalah menggunakan campuran lima bahan seperti yang dikongsikan oleh Jason Jezi di TikTok.
Bahan-bahan diperlukan:
1, Ubat gigi
2. Baking soda
3. Cuka
4. Air panas
5. Pencuci pakaian
Ikuti langkah-langkah ini:
1. Campurkan bahan.
Sediakan satu bekas besar. Kemudian masukkan ubat gigi, baking soda dan cuka.
Tuangkan air panas dan gaul sehingga semua bahan larut menjadi sebatian.
2. Tambahkan pencuci pakaian
3. Rendam pakaian putih
Letakkan pakaian yang sudah kekuningan ke dalam larutan dan pastikan bahagian kuning terendam sepenuhnya selama 30 minit.
4. Bilas pakaian
Bilas pakaian selepas direndam dengan air bersih.
5. Rendam dalam pelembut pakaian
Disarankan untuk merendam semula pakaian yang sudah bersih ke dalam pelembut pakaian sebelum dijemur untuk melembutkan semula fabrik.
Teknik ini ternyata boleh memanjangkan hayat pakaian putih anda di samping mengekalkan penampilan yang bersih dan cerah.