Cara nak cuci dan asah mata pisau ‘blender’ bagi tajam semula, guna kulit telur

Cara nak cuci dan asah mata pisau ‘blender’ bagi tajam semula, guna kulit telur

 

Mesin pengisar atau ‘blender’ merupakan salah satu perkakas dapur yang boleh dikatakan wajib dimiliki dalam satu isi rumah.

Perkakas ini dapat menjimatkan masa dan tenaga ketika menyediakan bahan kisar untuk masakan. Lebih-lebih lagi, jika anda memerlukan bahan kisar dalam kuantiti yang banyak, misalnya menyediakan juadah kenduri dan sebagainya.

Selain untuk mengisar bahan-bahan masakan, fungsi mesin pengisar ini juga berubah dari semasa ke semasa. Hari ini, peralatan ini juga digunakan untuk menyediakan jus buah-buahan, membuat minuman tertentu seperti ice blended dan sebagainya.

Malah ia boleh digunakan untuk menghancurkan sesuatu bahan masakan kepada bentuk serbuk yang lebih hakus seperti kacang dan gula aising.

Walau bagaimanapun, penggunaan mesin pengisar secara kerap lama-kelamaan boleh menyebabkan mata pisau pengisar ini menjadi tumpul.

Cara asah mata pisau blender, mudah dan ringkas je

Apabila tumpul, sudah tentu kualiti akhir produk yang hendak dikisar tidak memuaskan. Penggunaan elektrik juga terbazir apabila kita perlu mengisar sesuatu bahan untuk tempoh yang lebih lama.

Jika pisau dapur menjadi tumpul, kita boleh mengasah sehingga menjadi tajam semula. Lalu, bagaimana pula dengan bilah pisau pada mesin pengisar?

Adakah ia boleh diasah? Kalau boleh, bagaimana caranya dan mudah ke? Sebabnya, pisau pengisar berada di bahagian dalam dan bentuknya pula tidak sama seperti pisau dapur yang lain.

Sebenarnya, boleh. Seorang pengguna TikTok, Noor (@qislyana302) berkongsi cara bagaimana mata pisau pengisar boleh diasah semula. Walaupun caranya agak berbeza, namun sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan duit anda.

Cuba dulu, mana tahu berkesan. Tak perlu beli mesin pengisar yang baru, kan.

Untuk asah bilah pisau pada ‘blender’, anda hanya perlukan beberapa kulit telur

Menariknya, cara yang dikongsikan oleh Noor hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah ditemui di rumah iaitu, kulit telur sahaja.

Menerusi video yang dimuat naik Noor, anda hanya perlu meletakkan beberapa kulit telur kosong dan sedikit air ke dalam mesin pengisar.

asah pisau blender

Selepas itu, kisarkan campuran kulit telur dan air tadi untuk seketika. Kemudian, anda mungkin mendapati mata mesin pengisar menjadi tajam semula.

Walaupun mungkin tidak setajam yang baru, namun sekurang-kurangnya lebih tajam berbanding sebelumnya.

asah pisau blender

Menurut Noor, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencuci mesin pengisar dengan mudah, lagi-lagi selepas digunakan untuk menghasilkan bahan yang pekat dan likat.

Selain mengasah pisau dan membersihkan mesin pengisar, kulit telur yang dikasr sampai hancur tadi boleh dijadikan sebagai baja kalsium karbonat.

Kulit telur yang hancur bercampur air tadi boleh dituang pada pangkal pokok, sebagai sumber baja untuk pokok-pokok berkenaan membesar.

@qislyana302

basuh blade blender mmg rasa sukar tapi jadi mudah dengan 1 bahan ni.. tetiba teringat petua ni, kita share sini ya.. blade jadi tajam, kotoran creamy hilang dan jadi baja kalsium karbonat(kulit telur) utk tanaman #tipdapurmakmak #cuciblender #kulittelur #tipsdapur

♬ Dj Care Bebek Thailand Style (Remix) – MVC Project