Cara mudah tanam pokok kesum tanpa tanah, guna pakai span, tujuh hari dah merimbun

Cara mudah tanam pokok kesum tanpa tanah, guna pakai span, tujuh hari dah merimbun

 

Daun kesum banyak kegunaan untuk masakan sebab itu ia antara tanaman yang kena ada di rumah. Tanam untuk guna buat laksa, asam pedas pun jadilah.

Cara paling mudah nak tanam pokok kesum ini adalah dengan hanya menggunakan span dan raga plastik. Tak perlu guna tanah pun. Caranya dikongsi oleh Yazid Nazry’s.

Set up pantas untuk tanam pokok kesum

Cara Tanam Pokok Kesum Tanpa Tanah, Pakai Span Lagi Mudah. 7 Hari Dah Rimbun

1. Beli 2 bekas plastik di Eco (satu bekas berjaring dan satu lagi tanpa lubang) & span construction.

Span boleh beli di kedai hardware. Sediakan juga keratan batang kesum.

Cara Tanam Pokok Kesum Tanpa Tanah, Pakai Span Lagi Mudah. 7 Hari Dah Rimbun

2. Ambil keratan batang kesum dan cucuk keratan pada span.

Cara Tanam Pokok Kesum Tanpa Tanah, Pakai Span Lagi Mudah. 7 Hari Dah Rimbun

3. Letak air campuran baja AB dalam satu lagi bekas tanpa lubang. Baja AB ini ada dijual di Shopee dan lengkap semua unsur.

Kemudian letak bekas jaring berisi span dan keratan kesum tadi di dalam larutan baja tadi.

Cara Tanam Pokok Kesum Tanpa Tanah, Pakai Span Lagi Mudah. 7 Hari Dah Rimbun

4. Selepas 2 hari buat cantasan pucuk yang kering. Nanti daun kesum akan tumbuh merimbun. Bolehlah buat untuk makan sendiri.

Ini pokok kesum yang berusia 7 hari. Tukar air setiap 4 hari sekali, untuk elak jentik-jentik.

Cara Tanam Pokok Kesum Tanpa Tanah, Pakai Span Lagi Mudah. 7 Hari Dah Rimbun

Semoga bermanfaat.