Cara mudah buat tauhu telur homemade, hanya guna 3 bahan sahaja
Anda teringin makan makanan berkhasiat dengan cara memasak yang mudah dan senang? Jom kita masak sendiri tauhu telur homemade yang enak dan menarik ni. Masak pula dengan sos tiram atau sup, memang sedap!
Biasanya, kita cukup ragu sebab tak pasti status dan kebesihan semasa pembuatan tauhu jika dibeli di kedai. Buat yang perasaan begini, apa kata cuba buat sendiri tauhu telur ni.
Sebabnya nak membuat pun mudah sahaja. Jom kita tengok panduan tauhu telur homemade yang dikongsi Zaiman Zakaria ini!
Cara Buat Tauhu Telur Homemade Cara Mudah, Guna 3 Bahan Sahaja, Cubalah!
Bahan-Bahan:
- 5 biji telur gred A
- 225 ml air soya
- 1/2 sudu kecil garam
- plastik ais krim
Cara Penyediaan:
1- Pecahkan telur, masukkan garam, tuang air soya.
2- Kacau sebati.
3-Tapis supaya tiada bubble.
4- Masukkan ke dalam plastik ais krim dan ikat kemas.
5- Panaskan air tapi jangan sampai mendidih. Masukkan tauhu telur tadi. Gunakan api perlahan sahaja. Masak sehingga 30 minit.
6- Warna tauhu dah bertukar maknanya dah masak.
7- Sejukkan tauhu dan bolehlah dipotong.
8- Tips: Jika nak goreng, tabur jagung sikit.
Dah siap tauhu telur homemade kita! Boleh jadikan sebagai lauk yang sedap selain menyajikan masakan yang sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selamat mencuba dan menikmati!