Cara mudah buat sendiri roti nan secara homemade, hanya guna 5 bahan ini saja

Cara mudah buat sendiri roti nan secara homemade, hanya guna 5 bahan ini saja

 

SEBUT sahaja roti nan, tentu ramai terbayang Roti Nan Cheese. Makan panas-panas memang terbaik. Rupanya mudah sahaja membuat roti nan ekspres, hanya guna lima bahan dalam masa 45 minit siap!

Jika anda dan keluarga sukakan roti nan, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Farhah Azman. Lebih sedap, terjamin kebersihan dan boleh makan puas-puas.

ROTI NAN

Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 sudu besar mentega
Secubit garam
Air suam secukupnya (awas, doh jangan lembik)

Cara penyediaan

1-Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk.

2-Gaul sebati dan tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3-Rehatkan sekitar 30 minit.

4-Masukkan inti yang dikehendaki dan leperkan dengan tangan atau penggelek.

5-Panaskan kuali leper tanpa minyak dan goreng.

6-Potong dan sedia dihidangkan. Sangat sedap dinikmati ketika masih panas!

Ujar Farhah roti nan yang dimasak berinti kali ini pisang cheese. Malah ada juga inti peanut butter.

Selain itu anda boleh sejukkan ia hanya dipanaskan ketika ingin dinikmati.

“APABILA SIAP MASAK, SEJUKKAN DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK. PAGI ESOK SAYA CUMA PERLU MASUKKAN KE DALAM OVEN DAN PANASKAN SAHAJA SELAMA 10 MINIT.

“Renjiskan dengan sedikit air adalah tip saya untuk kekalkan kelembutan roti nan semasa dipanaskan,” katanya.

Selamat mencuba!