Cara mudah buat pewangi tandas sendiri, hanya guna dua bahan je

Cara mudah buat pewangi tandas sendiri, hanya guna dua bahan je

 

SUDAHLAH penat mengemas rumah seharian, tandas pun perlu dicuci dengan kerap bagi mengekalkan kebersihan dan bau wangi.

Pelbagai jenis pewangi daripada jenis murah sehingga mahal sudah digunakan, namun tak sampai petang kesegaran tandas hilang.

Para ibu pastinya runsing dengan situasi tersebut terutama mereka yang mempunyai anak kecil.

Paling dibimbangi apabila sanak saudara mahupun rakan tiba-tiba datang, pasti memalukan!

Bagi anda yang buntu mencari bahan pewangi mahupun pembersih yang dapat mengekalkan kesegaran dan wangian di tandas, ikuti panduan yang dikongsikan Queen ezenwanyibackup.

1

1. Mula-mula ambil dua ketul sabun buku dan parutkan ke dalam peiuk.

Pilih bauan yang anda suka ya.

2

2. Tambahkan 700ml cecair pewangi tandas ke dalam bekas yang sama.

3

3. Panaskan campuran adunan berkenaan.

Pastikan anda guna api yang kecil supaya ia mendidih perlahan-lahan.

4

4. Apabila sabun sudah cair, tuangkannya ke dalam bekas. Biarkan sejuk.

Boleh juga letakkan dalam peti ais kalau ingin cepat beku.

5

5. Apabila sudah sejuk, potong kecil-kecil seperti kiub.

7

6. Ambil satu kiub dan lekatkan pada mangkuk tandas anda.

Pastikan mangkuk tandas kering terlebih dahulu supaya dapat melekat dengan baik.

6

7. Lebihannya boleh dibalut pada kertas untuk disimpan.

Nampaknya kuantiti yang dihasilkan juga agak banyak, jadi tiada alasan lagi jika tandas di rumah anda berbau tidak enak.

Malah cara ini juga mudah dan menjimatkan, selamat mencuba!