Cara hapuskan lipas guna 2 bahan mudah ini supaya tak terus membiak, boleh letak di dapur, kereta

Cara hapuskan lipas guna 2 bahan mudah ini supaya tak terus membiak, boleh letak di dapur, kereta

 

Masalah lipas terutama di bahagian dapur memang buat kita risau. Iyalah tempat kita memasak dan simpan barang makanan.

Lipas ini pula sifatnya kotor. Nak pakai penyembur tak sesuai pula takut masuk dalam makanan.

Tapi satu cara mudah yang kita boleh buat untuk halau lipas di dapur atau bahagian lain dalam rumah malah kereta juga.

Cuma guna dua bahan saja iaitu gula dan baking soda, caranya dikongsi Iza Abu Bakar.

Stres bila nampak lipas merayap rayap di dalam rumah especially area dapur kan.

Menurut kajian, di dalam perut lipas ada cacing halus dan lembut.

Kalau kita pukul atau halau lipas tu dengan penyapu ke kertas ke kemungkinan cacing ni akan keluar dari perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak. Cacing ini tak boleh nampak dengan mata kasar sebab saiznya yang kecil.

Satu cara nak hapuskan lipas ini adalah menggunakan cara ini.

Sediakan;

  • 1 sudu makan baking soda
  • 1 sudu makan gula

2. Campurkan dua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.

3. Kemudian letak bekas ini tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun boleh saja taburkan campuran bahan ini di laluan lipas.

Fungsi gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda pula akan membunuh lipas secara senyap setelah memakannya.

Semoga bermanfaat.