Cara halau lipas dalam kereta tanpa perlu guna racun

Cara halau lipas dalam kereta tanpa perlu guna racun

 

Pelbagai usaha dah dilakukan untuk menghalau anak lipas di dalam kereta, tetapi ia masih bermaharajalela. Apatah lagi, telah menggunakan semburan racun serangga.

Apa kata pada kali ini, anda menggunakan bahan umpan yang dikongsikan Wajihah Derus Bilis Sabah sebagai cara halau lipas di dalam kereta yang seterusnya.

Ini adalah salah satu resipi umpan yang mudah untuk memerangkap serangga perosak ini dengan bermula membunuh anak-anak lipas di dalam kereta anda. Mari cuba!

2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia. Satu bekas ini hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak juga semalam.

Rasanya perlu buat sekali lagi malam ini. Kalau sembur ridsect saja tak nampak lipas mati, buat macam ini banyak rupanya.

No photo description available.

Bahan bancuhan dan cara penyediaan:

  • Susu pekat
  • Air paip
  • Bekas tidak digunakan
  1. Bancuh kedua-dua bahan di dalam bekas tetapi jangan sampai cair sangat, buat sedap-sedap sedikit hehehe.
  2. Setelah itu, letak bekas berisi bancuhan perangkap anak lipas tersebut di dalam kereta pada malam hari.

Esok pagi boleh tengok hasilnya, akan nampak banyak anak lipas dalam perangkap tersebut.

Boleh kongsikan, biar ramai boleh buat juga tangkap lipas banyak-banyak.