Cara buat ‘wetfood’ kucing secara DIY, guna Quaker Oat sebagai bahan utama

Cara buat ‘wetfood’ kucing secara DIY, guna Quaker Oat sebagai bahan utama

 

KOS untuk membela kucing boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit setiap bulan.

Untuk menjimatkan kos, anda sebenarnya boleh menghasilkan sendiri makanan kucing dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti ayam dan labu.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Xiaoya Michelle berkongsi kaedah membuat wetfood secara do it yourself (DIY) yang turut menggunakan Quaker Oat sebagai bahan utama.

Bahan-bahan:

1. Dada, pedal dan hati ayam

2. Labu

3. Quaker Oat

4. Garam

5. Suplemen Salmon Oil (kalau ada)

Cara penyediaan:

a1

Pertama sekali, rebus dada ayam bersama pedal dan hati ayam.

a2

Dalam periuk berasingan, rebuskan sedikit Quaker Oat.

Selepas direbus, campurkan Quaker Oat, dada, pedal dan hati ayam ke dalam pengisar.

Selepas direbus, campurkan Quaker Oat, dada, pedal dan hati ayam ke dalam pengisar.

Tambahkan sedikit sahaja garam ke dalam pengisar.

Tambahkan sedikit sahaja garam ke dalam pengisar.

Lebihan dada ayam yang tidak dikisar boleh dicarik halus menggunakan tangan dan digaul ke dalam bahan kisaran tadi.

Lebihan dada ayam yang tidak dikisar boleh dicarik halus menggunakan tangan dan digaul ke dalam bahan kisaran tadi.

Tambah sedikit Quaker Oat yang belum dimasak ke dalam campuran bahan tadi.

Tambah sedikit Quaker Oat yang belum dimasak ke dalam campuran bahan tadi.

Sebagai opsyen, anda juga boleh memasukkan lima sudu suplemen Salmon Oil ke dalam bahan itu.

Sebagai pilihan, anda juga boleh memasukkan lima sudu suplemen Salmon Oil ke dalam bahan itu.

Wetfood homemade ini boleh dihidangkan terus kepada kucing.

Wetfood homemade ini boleh dihidangkan terus kepada kucing.

Anda juga boleh memasukkannya ke dalam plastik bungkusan aiskrim untuk disimpan sebagai stok dalam tempoh lama.

Anda juga boleh memasukkannya ke dalam bekas atau plastik bungkusan aiskrim untuk disimpan sebagai stok dalam tempoh lama.

Selepas siap dibungkus menggunakan plastik atau diletakkan di dalam bekas, wetfood ini boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Setiap kali mahu diberi kepada kucing, anda hanya perlu defrost atau panaskan semula sahaja makanan itu.