Cara buat roti canai lembut dan garing, confirm sedap!

Cara buat roti canai lembut dan garing, confirm sedap!

 

Roti canai sudah tentunya menjadi menu kegemaran semua orang kerana boleh dimakan siang atau malam.

Sekiranya anda ingin mencuba buat sendiri di rumah, boleh ikuti perkongsian resepi cara Noora Sultan buat roti canai di bawah.

Resepi ini sudah tentunya lembut dan garing sehingga malam. Lebihan roti boleh disimpan di tempat sejuk dan dipanaskan bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Jom cuba, mudah sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum (Saya guna cap ros)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu majerin
  • 1 sudu kecil garam (Larutkan dalam air)
  • 1/2 cawan air sejuk peti ais
  • 2 sudu susu pekat

Cara penyediaan:

1. Tepung, majerin, susu gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Kemudian masukkan air garam dan telur.

3. Masukkan juga sedikit demi sedikit air sehingga doh tidak melekat dekat tangan.

4. Bulat-bulatkan dan rendam di dalam minyak selama 2 jam lebih.

5. Kemudian canaikan dan sedia untuk dimasak.

Sedia untuk dimakan. Cicah bersama kari dan sardin, sudah tentunya lebih sedap.

Selamat mencuba!