Cara berbeza lelaki dan wanita susun kotak di tempat tinggi undang perhatian warganet

Cara berbeza lelaki dan wanita susun kotak di tempat tinggi undang perhatian warganet

 

Mesti anda selalu dengar kata-kata dalam Bahasa Inggeris iaitu work smart, not hard di mana ia bermaksud bahawa kita sepatutnya cari dan guna cara yang lebih efisyen untuk siapkan sesuatu tugasan dengan lebih cepat, barulah badan dan otak kita tak penat kan.

Itulah kaedah yang digunakan oleh dua orang wanita ini untuk menyusun kotak-kotak makanan di tempat tinggi.

Gelagat dua orang wanita itu telah dikongsikan menerusi Instagram oleh akaun yang dikenali sebagai ghantaa baru-baru ini.

Dalam video tersebut, dapat dilihat perbezaan lelaki dan wanita dalam menyiapkan tugasan yang sama itu iaitu menyusun kotak-kotak makanan yang dipercayai kotak piza di tempat tinggi.

Dalam video terbabit, dapat dilihat dua orang lelaki cuba membaling kotak tersebut agar ia dapat diletakkan di bahagian atas kotak-kotak yang telah disusun namun, cara tersebut adalah tidak efisyen.

1 2

Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan oleh dua orang wanita untuk menyusun kotak-kotak di tempat yang sama telah dipuji warganet kerana mereka mengangkat kotak-kotak yang telah disusun agar kotak baru dapat diletakkan di bawah kotak-kotak yang telah disusun.

2 2

Kiranya, tak payah susah-susah letak kotak baru tu di bahagian atas sekali pun kan. 

Ada juga warganet yang berpendapat orang lelaki memang suka main game, jadi mungkin dorang sengaja main baling-baling kotak macam tu.

Apa-apa pun, memang genius cara yang digunakan oleh kedua-dua orang wanita tersebut. Memang work smart, not hard.