Cara akses WCE dari Lembah Klang ke Pulau Pinang untuk balik raya tahun ini

Cara akses WCE dari Lembah Klang ke Pulau Pinang untuk balik raya tahun ini

 

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) semakin hampir sempurna pembinaannya. Terbaharu adalah pembukaan Seksen 11 WCE antara Beruas dan Taiping Selatan.

Ia menandakatan yang bahagian merentasi Perak lebuhraya WCE sudahpun siap dan dibuka sepenuhnya. Baki pembinaan kini berada di dalam negeri Selangor.

Apabila siap sepenuhnya, penduduk ia menghubungkan Banting ke Taiping Selatan secara terus tanpa perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

WCE perlu anda pertimbangkan sekiranya anda ingin pergi ke Pulau Pinang dan ke atas sempena Hari Raya 2024 ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya yang biasanya berlaku di PLUS.

WCE vs. PLUS

Jajaran WCE boleh dilihat sebagai selari dengan PLUS. Ia memudahkan penduduk yang berada jauh daripada pintu masuk PLUS dan seterusnya jauh daripada manfaat memandu pada kelajuan yang lebih tinggi di atas lebuh raya.

Makanya penduduk berhampiran kawasan pantai yang menghadap ke Selat Melaka mempunyai akses yang lebih baik ke utara melalui WCE.

Seperti yang dikatakan tadi, penduduk di bahagian barat Lembah Klang seperti Banting, Telok Panglima Garang, Klang Bandar Diraja, dan Kapar tak perlu lagi memandu ke arah timur untuk beberapa ketika melalui NKVE dan SKVE hanya untuk masuki PLUS.

Lebih parah, penduduk di bahagian barat laut Selangor seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Sungai Besar, dan Jeram perlu memandu lebih 50km hanya untuk pergi ke pintu masuk PLUS terdekat.

Tak perlu lalui Jelapang & Terowong Menora

WCE memberikan alternatif kepada laluan lebuh raya ke utara tanpa perlu melalui Ipoh.

Ipoh, Jelapang, dan Terowong Menora adalah mimpi ngeri orang balik kampung daripada selatan yang menuju ke utara.

Laluan berbukit bukau menjadikan purata kelajuan menurun ditambah perlahan lagi sekiranya melibatkan lori yang mendaki bukit.

Raya 2024 ini pastinya akan menyaksikan penguraian trafik balik kampung di sekitar Ipoh apabila akan ada aliran berpindah kepada WCE. Laluan WCE tidak berbukit bukau dan rata.

Makanya, jangkakan purata kelajuan yang lebih tinggi.

Cara akses WCE dari Lembah Klang

Penduduk yang berada di Hulu Klang seperti Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Ampang, Gombak, dan sekitar dengannya boleh menuju ke bahagian barat melalui NKVE menghala ke Bukit Raja ataupun LATAR menghala ke Kuala Selangor untuk masuki WCE di pintu masuk sama ada Bandar Bukit Raja Utara ataupun Assam Jawa.

Buat yang tinggal di bahagian selatan Lembah Klang seperti Sepang, Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitarnya, ELITE ke Shah Alam dan seterusnya NKVE ke Bukit Raja adalah lebih sesuai dan anda boleh masuki di Bandar Bukit Raja Utara sementara seksyen-seksyen lain WCE dibuka.

Di penghujung laluan WCE belah utara, anda boleh masuki PLUS semula di Plaza Tol Changkat Jering secara lancar.

WCE mengandungi 2 laluan persekutuan

Tak sepertu PLUS yang laluannya hujung ke hujung. WCE bukanlah satu lebuh raya yang panjang daripada Lembah Klang ke Taiping.

Sebaliknya ada dua bahagian yang memutuskan WCE dan anda perlu lakuan Jalan Persekutuan 5 (FR5) untuk beberapa ketika.

Contohnya antara Tanjung Karang dengan Hutan Melintang (Seksyen7 ke Seksyen 8), anda kena lalui jalan persekutuan melepasi Sekinchan, Pasing Panjang, Sungai Besar, dan Salak.

Satu lagi jalan persekutuan yang perlu anda laluai adalah antara Teluk Intan dan Kampung Lekir (Seksyen 8 ke Seksyen 9).

Kadar tol WCE dan promosi tol percuma

Bersempena dengan pembukaan seksyen baharu WCE, pihak konsesi ada mengumumkan pemberian tol percuma sehingga 11 Mei 2024.

Hal ini bermakna, anda boleh menikmati tol percuma sewaktu pulah Hari Raya 2024.

Walau bagaimanapun, tol percuma hanya meliputi Seksyen yang baru dibuka dan bukannya keseluruhan WCE.

Berikut adalah jadual kadar tol WCE daripada Lekir ke Taiping Selatan.

RM7.90 sehala adalah kadar tol sekiranya anda menggunakan WCE sepenuhnya dalam laluan Perak.

Sebagai perbantingan, RM11.15 adalah kos anda untuk pergi ke Plaza Tol Changkat Jering daripada Plaza Tol Tapah menggunakan laluan PLUS.

WCE di Selangor masih belum siap

WCE adalah laluan sepanjang 314.5km yang melibatkan dua negeri iaitu Perak dan Selangor.

Seperti yang diceritakan di awal artikal, kini hanya bahagian Selangor sahaja yang masih belum beroperasi sepenuhnya.

Selangor mempunyai paling banyak seksyen WCE namun satu seksyen adalah lebih pendek berbanding Perak.

2 daripada 7 seksyen WCE Selangor sudah dibuka iaitu antara Bandar Bukit Raja (Selatan) ke Assam Jawa (Seksyen 5 dan Seksyen 6).

Anda boleh ikuti perkembangan WCE di laman rasmi konsesi.