Caprice & isteri kena gangguan sihir, Tok Singa dengar tapak kaki jalan masa baca Ruqyah
Siapa tak kenal dengan penyanyi rap, Ariz Ramli yang sebelum ini hangat diperkatakan berikutan beberapa isu panas.
Terbaru, penyanyi yang lebih mesra disapa Caprice ini mendedahkan dirinya menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional Tok Singa dan Ustaz Shafiq.
Katanya, Tok Singa datang daripada Kedah untuk ‘check’ dirinya termasuk isteri dan ternyata mereka ada unsur-unsur terkena gangguan sihir.
Video rawatan penuh
Semasa Ruqyah dibacakan, badan isteri Caprice iaitu Fara Inalis menggigil dan dia dilihat menangis. Semasa merawat, Tok Singa mendengar ada tapak kaki berjalan di dalam rumah.
Kata Tok Singa lagi, isteri Caprice ada mengalami gangguan di rahim di mana dia menghadapi masalah haid dan susah hamil.
Ustaz juga ada nasihat Caprice supaya buang semua patung mainan dalam rumah kerana itu antara faktor jin dan sihir mudah akses. Dia juga akan berpindah dari satu patung ke patung lain.
Semoga urusan Caprice dan isteri dipermudahkan, semoga cepat sembuh.