“Semua benda datang dari? Dia” – Sarah dakwa Caprice bersubahat dengan Aliff & Ruhainies untuk aibkan Bella

“Semua benda datang dari? Dia” – Sarah dakwa Caprice bersubahat dengan Aliff & Ruhainies untuk aibkan Bella

 

Setelah 2 hari berlalu sejak melakukan pendedahan pertama, Sarah Yasmine yang sebelum ini mengaku sebagai teman wanita Aliff Aziz tampil membongkarkan fakta terbaru mengenai kontroversi membabitkan mereka semua.

Ruangan IG Story wanita berkenaan terus menjadi tumpuan ramai setelah dia memuat naik puluhan paparan mesej yang berlaku antara Aliff dan juga Ruhainies.

Berkomunikasi menggunakan panggilan manja, terdapat pelbagai mesej yang mempunyai unsur-unsur hasutan dan memburukkan Bella sebagai isteri Aliff Aziz yang masih sah.

Mereka berdua juga kerap berbincang mengenai proses-proses untuk membersihkan nama baik masing-masing yang sudah terpalit dengan skandal tangkap basah tempoh lalu.

Segala aturan diuruskan oleh pihak Ruhainies sementara Aliff Aziz hanya diminta untuk follow the flow.

Paling mengejutkan, Sarah turut berkongsi perbualan Aliff dan Ruhainies tentang individu bernama ‘Z’ yang turut terlibat sama dalam komplot untuk mengaibkan dan menjatuhkan Bella Astillah.

Dakwanya, orang yang dimaksudkan di sebalik gelaran ‘Z’ itu adalah rapper dan juga pengasas NGO ‘Munafik Hunters’ iaitu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli.

Lebih terperinci lagi, wanita yang berasal dari Singapura itu mendakwa Caprice adalah ‘entiti’ yang menyunting gambar serta video Bella bersama pelakon BBNU, Muaz Zabir sebelum bahan itu ditularkan kepada umum tempoh lalu.

Setiap hantaran yang dimuat naik oleh Sarah turut disertakan dengan tanda @tag bersama akaun Bella Astillah.

“Edit video tentang Bella & Muaz? Dia. Semua benda datang dari? Dia. Yang suruh Aliff kata “Saya tak setuju” di mahkamah? Juga dia”

Hasil semakan terbaru mendapati, netizen sudah mula membanjiri IG Caprice lantaran merasa tidak percaya kerana dia sanggup bersubahat dengan 2 artis tersebut.