Didi Astillah ‘throwback’ video Bella bersungguh cari hadiah birthday Aliff Aziz, “Sampai hari ini tak dipakai pun..”

Didi Astillah ‘throwback’ video Bella bersungguh cari hadiah birthday Aliff Aziz, “Sampai hari ini tak dipakai pun..”

 

Akui merasa kecewa setelah mengetahui hubungan Bella Astillah dan Muaz Zabir, Aliff Aziz menerusi podcast The Common Folks SG sebelum ini menyifatkan kejadian itu umpama kifarah akibat perbuatan silamnya.

Setelah melakukan perbincangan dua keluarga, isu itu berjaya selesai dengan baik dan Aliff kemudiannya cuba memikat semula hati Bella.

Malangnya, usaha dan ‘princess treatment‘ itu bagaikan sudah terlambat memandangkan Bella sudah pun tawar hati sehinggalah berlaku bermacam-macam perbalahan kecil antara mereka.

Namun di satu sudut lain, Aliff seakan merasa isterinya sedang menunggu point sebelum mengambil keputusan bercerai.

“Ada 1 malam kita bertekak, pasal benda kecil, anak nak tidur kat atas kat bawah. Pertengkaran tu jadi makin panas & sangat teruk sampailah wife aku cakap eh bukak lampu. Eh aku rasa kalau nak macam gini, kita just…cerailah. Bella dengan sangat beremosi minta cerai. Apa aku cakap dekat dia, benda ni tak datang daripada aku. Kalau betul nakkan penceraian ini, awak kena pergi & failkan. Sehari selepas tu, memang betul Bella berjumpa peguam dia”

Bercakap tentang gambaran bahawa Bella Astillah menunjukkan tanda-tanda awal mahu bercerai, Didi tampil memuat naik semula sebuah video lama yang cukup menghibakan netizen.

Dalam rakaman ini, Bella terlihat bersungguh-sungguh mempersiapkan hadiah hari jadi Aliff bersama 2 anaknya yang membawa kek.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen merasa hiba dengan perkongsian daripada Didi Astillah. Mereka juga berdoa agak pihak yang mempunyai komplot jahat mendapat balasan kelak.