Capai RM1 juta jualan Sambal Nyet dalam masa 3 bulan, Khairul Aming kongsi ‘Post Mortem 1 Million’

Capai RM1 juta jualan Sambal Nyet dalam masa 3 bulan, Khairul Aming kongsi ‘Post Mortem 1 Million’

“Hey wassup guys..ok jom kita start,”. Bila baca je ayat ni, automatik boleh tahu pemilik suara dan ‘tagline’ keramat ni. Semestinya tak lain tak bukan, dialah chef ‘influencer’ terkenal di hati netizen, saudara Khairulaming.

Korang ingat lagi tak Khairulaming pernah ‘pecah rekod’ satu ketika dulu yang dia berjaya jual produk sambal air tangannya, iaitu Sambal Nyet sebanyak 10,000 botol dalam masa 54 minit je?

Ianya satu rekod yang agak ‘power’ jugalah. Sampai begitu sekali penangan Khairulaming yang berjaya menambat lidah dan hati ribuan peminatnya. Bukan mudah, figura masakan ini mengambil masa kira-kira empat tahun lamanya untuk sampai ke tahap sekarang.

Capai RM1 juta jualan hanya selama tiga bulan

Sekali lagi, Khairulaming menggemparkan netizen apabila dia berbesar hati berkongsi rekod jualan Sambal Nyet selama ia dipasarkan dalam pasaran tempatan sejak tiga bulan lalu.

Menariknya, apa yang buat netizen terpaku dan ‘ternganga’ adalah Khairulaming berjaya mencatat angka jualan sebanyak lebih RM1 JUTA hanya dalam tempoh tiga bulan saja.

Di samping berkongsi hasil ‘titik peluh’ memasak, mempromosi dan menjual Sambal Nyet di Twitternya hari ini, Khairulaming juga turut menyatakan intipati ‘post-mortem’ jualannya.

Taknak cakap banyak, jom kita baca semua ‘celotehnya’ dalam bebenang panjang di bawah ini. Ok jom kita start.

Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit 🥺🙏🏻. I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today. kalau korang sudi, boleh baca post mortem 1 million ni:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni.

Kalau korang perasan aku ada buang 3 ribu botol dalam bulan february sbb sambal rosak and basi. we have identified the problem, and mmg ada issue kat bottling stage sbb ada seal yang tak rapat. alhamdulillah sekarang issue ni dh tak ada lg dah lepas kita guna machine.

Dari segi flavor and kepedasan we take note all the comments and cuba improvekan lagi. sekarang sambal di masak lebih lama, especially garlic utk bagi minyak masak infused dgn garlic and bagi lebih aroma. kepedasan juga dinaikkan utk bagi lagi kick.

 

Customer hotline yg kami wujudkan pn dh bnyk tlg asingkan inquiry utk org yg nak beli sambal dgn inquiry from buyer yg terima parcel with defects. jadi bila ada dedicated customer hotline makin cepat kita boleh handle the issue.

Tapi banyak lagi improvement yg kena buat. we still have to renovate warehouse supaya lagi proper, buy more machines, expand kan lagi team. dah banyak sgt benda betul dan salah aku buat sepanjang 3 bulan ni, and everyday akan ada benda baru yg boleh belajar.

In terms of shopee, our shop “khairulamingbrand” almost nak reach 100 ribu followers. this is interesting sbb mcm boleh jadi new social media kat sini 😅

selepas 73 ribu botol yg terjual dari januari, kita dh received feedback dari 28 ribu buyers di shopee. ini summary of latest feedback rating:
5⭐️27,077 (96.7%)
4⭐️644 (2.3%)
3⭐️198 (0.7%)
2⭐️44 (0.2%)
1⭐️32 (0.1%)

Overall rating : 4.9/5

Dari segi shipping, kita dh on track utk proses semua order setiap hari. hari ni customer beli, hari ni jgk kita pos. buat masa sekarang satu branch J&T dah sarat nak tampung parcel so kita gabungkan lebih dari satu branch utk make sure 4,000 botol boleh di pos keluar setiap hari.

Dari segi demand aku bersyukur sangat2 sambal nyet masih lagi sold out laju mcm first day launching dulu. everyday we sell all the sambal mengikut pecahan 9 slot. and setiap slot sold out dalam masa 30 saat hingga satu minit 🙏🏻

However benda ni still lagi unhealthy. pusing la mcm mana pun, the only solution is to increase supply. dan itulah my main priority sekarang ni. dengan stock 4,000 botol sehari (~100k sebulan), we hope lg ramai org blh beli.

My goal adalah utk make sure the supply is stable and gradually increasing so that we can reach target of 5-7 mil sales this year. once demand for sambal nyet online is stable, then baru aku akan mula go for distributor such as shops, kedai runcit.

Actually aku dah berbulan tak balik kelantan and i’ve been running this business remotely dari kl setiap hari. kalau blh balik aku mmg nak sgt balik utk tgk apa lagi yg blh improve. but for now i put trust on my team to lead the operation.

Dekat kl aku kena balancekan effort utk prepare content for ramadan series together dgn content for clients, while managing sambal business day to day operation remotely dari sini. ini jgk salah satu sbb knp tak semua video aku sempat siapkan sebelum puasa.

Video 30 hari 30 resepi yang you guys tgk bulan ni kebanyakkanya di edit selepas sahur, and voice over semua di siapkan sblum pukul 12 tgh hari. but video baru juga dibuat everyday sbb time ni aku boleh belajar apa yg blh improve dari video hari pertama ke hari 30.

In conclusion i want to thank all of you, thank you so so much for your support 🥺🙏🏻 it’s been a long journey and i’m happy and grateful to be where i am today. this is for you mama and abah, thank you for believing me to pursue my passion.

Note : Sambal Nyet dijual setiap hari (kecuali sabtu) dan penjualan di pecahkan mengikut slot di bawah:

🌶9.30am🌶10am🌶10.30am
🌶11am🌶11.30am🌶12pm
🌶12.30pm 🌶1pm 🌶2.30pm

 

Korang boleh dapatkan Sambal Nyet Khairulaming di Shopee sekarang di SINI.

Sumber: Twitter Khairulaming