Cantik melaram duduk di dapur, netizen kagum tengok ‘skill’ isteri TikToker siang ikan

Cantik melaram duduk di dapur, netizen kagum tengok ‘skill’ isteri TikToker siang ikan

Usahawan dan TikToker Syed Muhammad Shah Hasif sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi video menunjukkan isterinya sedang menyiang ikan menggunakan gunting.

Ramai netizen kagum melihat isteri Syed, 32, iaitu Fatin Syazwani Ishak, 26, yang tidak kekok melakukan kerja-kerja di dapur sambil menggayakan busana sarat dengan perincian hiasan.

Dengan gaya bersahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu kelihatan begitu fokus membuat persiapan untuk memasak kuah laksa sambil melayan suaminya yang sedang membuat rakaman video.

syed2

Ramai netizen memuji cara Syed melayan isterinya.

“Siang ikan pun bukan main cantik la. Rajin isteri abang ni, rajin cari rezeki sama-sama dengan abang, terima kasih sayang.

“Yang pasti sayang masak laksa sedap sangat. I love you. Tadi dia kopek bawang, lepas tu menyiang ikan. Rajinnya… tengok sikit baju, meleret,” ujar Syed kepada isterinya.

Jelas Syed, isterinya bukanlah sengaja melaram untuk masuk ke dapur, sebaliknya mereka mengejar masa kerana baru sahaja pulang daripada sebuah acara.

 

@syed.fatin.jaeden.haifa

Wife sy si Fatin ni memang jenis tak pernah kenal erti penat , baru balik dari event terus siang ikan tanpa salin baju , tq pakai baju yg abng jahit hari2, Hebat isteri abng ni , terima kasih syg sebab bersama sama mencari rezeki , wife sy tugasnya memasak Laksa Viral kami ni , selebihnya sy pulak yg akan urus untuk perniagaan kami ni , kami gerak bersama sama , sebab tu sy sanggup buat macam2 untuk isteri sy , syukur sangat ROYAL LAKSA makin dikenali dan ramai suka masakan air tangan wife sy

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Menurut Syed lagi, dia bangga dengan kegigihan isterinya sehingga laksa keluaran mereka semakin mendapat sambutan pelanggan.

“Isteri saya si Fatin ni memang jenis tak pernah kenal erti penat. Baru balik daripada event terus siang ikan tanpa salin baju. Terima kasih pakai baju baharu yang abang jahit hari-hari.

“Hebat isteri abang ni. Terima kasih sayang sebab bersama-sama abang mencari rezeki. Isteri saya tugasnya memasak laksa viral kami ni. Selebihnya saya pula yang urus perniagaan kami.

“Kami gerak sama-sama. Sebab tu saya sanggup buat macam-macam untuk isteri saya. Syukur sangat laksa makin dikenali dan ramai suka masakan air tangan isteri saya,” ujar Syed lagi.

Video yang meraih setengah juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

“Saya tertarik dengan cara dia tarik isi perut ikan tu.

“Persoalannya macam mana dia boleh buat kerja pakai macam tu dengan cuaca sekarang?

syed1

Syed banyak berkongsi video dengan isterinya di media sosial.

“Senang je dia siang ikan. 10 saat settle seekor. Kalau aku, mahu seminit nak kerjakan,” tulis netizen.

Malah, netizen turut memuji sikap Syed yang dianggap ‘obses’ dan sentiasa menghargai isterinya itu.

“Seronok tau bila suami obses dengan isteri. Untung isteri dia.

“Doakan aku dapat suami yang obses dan menghargai isteri macam ni.

“Biarlah baju over ke apa, janji suami dia menghargai,” tulis netizen lagi.