Cadangan bangunkan Kampung Baru dari Khalid Samad adalah tepat

Cadangan bangunkan Kampung Baru dari Khalid Samad adalah tepat

 

Pada 21 Sept 2019, aku pernah tulis dan puji cadangan Khalid Samad. Tapi malangnya kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO terutama penyangak yang gadai tanah TUDM Sg Besi, tanah TRX untuk projek 1MDB telah menipu dan menghasut ramai orang Melayu. Inilah kelompok celaka yang telah lama gadaikan Hak Melayu tetapi berlakon mempertahankan hak Melayu.

Tulisan aku pada 21 Sept 2019

————————————————————
Cadangan Menteri Wilayah untuk bangunkan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur bagi aku idea yang cukup baik. Usaha untuk bangunkan semula Kampung Baru ini bukannya baru tetapi sudah lama. Hatta TS Khalid Ibrahim pernah membuat cadangan yang sama dulu.

Tapi masalahnya minda Melayu ini masih terjajah, dan dihasut dengan sentimen politik pembangkang. Kononnya Kerajaan nak halau Melayu. Nak bagi kepada Tauke Cina. Ingat Kerajaan PH mcm Najib, habis tanah strategik di TRX, Tanah asal Penjara Pudu, Lapangan Tentera Udara Sg besi diserahkan kepada syarikat China hanya untuk bayar hutang 1MDB.

Walhal cadangan yang dikemukan Menteri Wilayah ini bagi aku cukup baik. Kerajaan mahu terus mengekalkan identiti dan warisan Kampung melayu, malah syarat pemilikan Melayu dikekalkan. Bayangkan bila hartanah baru dibangunkan, penduduk Kg Bharu akan diberi keutamaan untuk membeli balik hartanah di situ.

Bukan saja penduduk akan ditawarkan untuk dapatkan kembali hartanah mereka malah ia satu bentuk Investment Pelaburan yang akhirnya memberi pulangan kepada mereka sendiri dalam bentuk peningkatan nilai hartanah. Ia sama seperti peranan Kerajaan menguruskan sektor perladangan seperti Felda dan Amanah saham seperti PNB, begitu juga Tabung Haji.

Melayu ini berbeza dengan masyarakat Cina. Mereka tidak ada keupayaan membangunkan sendiri sektor pelaburan, perladangan dan hartanah. Itu sebabnya Kerajaan dulu terpaksa mewujudkan Institusi seperti FELDA, UDA, PNB dan Tabung Haji. Tujuan Kerajaan menyusun dan majukan kembali Kampung baru.

Kg baru akan jadi bandar modern, Kampung baru akan kekal terikat undang-undang iaitu Akta Perbadanan Kampung baru, ia akan mengekalkan syarat pemilikan sepenuhnya hanya untuk orang melayu. Bayangkan Kampung baru berpotensi dibangunkan sebagai Bandar Modern pemilikan melayu sepenuhnya.

Kalau orang Melayu berfikir dengan waras.. bayangkan, kedudukannya yang strategik di tengah bandar, bukan hanya orang Melayu mampu memiliki hartanah yang kedudukannya berhampiran KLCC, malah kawasan ini boleh dibangunkan dengan hotel, pasaraya yang dimilki sepenuhnya oleh orang Melayu.

Masa ini lah orang melayu kena buktikan kemampuan membangunkan ekonomi orang Melayu. Boleh jadi Kampung Baru boleh jadi pusat pemasaran produk muslim. Sekarang ini pun sudah ada Tamu Hotel di Kg baru milik Bumiputera. Bila pembangunan disusun semula, jumlah penduduk akan bertambah bila bangunan pencakar langit dibina, ia sebenarnya akan mewujudkan peluang ekonomi dan kuasa beli yang baru kepada penduduk asal yang berniaga disitu.

Aku cadangkan, pembangunan Kampung Baru ini menggunakan konsep Waqaf. Pusat Zakat Wilayah hatta pusat Zakat seluruh negara, badan pelaburan Kerajaan seperti UDA, PNB dan Tabung Haji boleh turut serta melabur dalam pembangunan ini. Konsep Waqaf ini cara terbaik bagaimana Ummat islam dapat mengekalkan pemilikan orang Islam.

Lihat saja bandar bandar baru yang dibangunkan dengan lebih tersusun, sebagai contoh di bandar Mutiara Damansara berdekatan IKEA, di situ rumah banglo, hartanah ramainya dimiliki oleh orang melayu. Bayangkan Kampung baru akan setaraf Damansara yang sepenuhnya milik Melayu dari Mall. Hotel hinggalah pusat dan premis Perniagaan.

Aku selalu pergi KL, naik LRT bila lalu kampung Bharu aku agak sedih bila melihatkan pembagunan yang tidak tersusun. Banyak dari hartanah dan bangunannya usang, yang sudah pasti milik orang Melayu. Sedangkan dia duduk betul betul di sebelah KLCC dan kawasan yang paling berdaya maju. Jika Kerajaan tidak bertindak hari ini, bayangkan.

Aku mengharapkan penduduk Kampung Baru rasional memikirkan masa depan depa. Jika mereka tidak mahu jualkan hari ini pun, boleh jadi akan dijual oleh waris mereka nanti dengan harga yang lebih murah disebabkan desakan hidup. Apalagi nilainya tidak tinggi bila wujud syarat pemilikan melayu.

Penduduk Kampung Baru, mereka boleh menggantikannya dengan hartanah yang baru di Kampung Bharu yang menjanjikan peningkatan nilai hartanah dan pelaburan mereka sendiri, yang penting syarat pemilikan dan persekitaran Melayu itu dikekalkan.

Jika rencana ini dapat direalisasikan, boleh jadi suatu hari nanti Kampung Baru akan jadi destinasi utama pelancongan dari seluruh negara untuk bertamu di hotel dan singgah di pasaraya milik muslim. 🙂

Ipohmali.