Busana ‘The Malaya’ rekaan Rizman Ruzaini digayakan atlet Malaysia pada pembukaan Sukan Olimpik Paris

Busana ‘The Malaya’ rekaan Rizman Ruzaini digayakan atlet Malaysia pada pembukaan Sukan Olimpik Paris

 

Rekaan busana buat acara pembukaan Olimpik Paris rekaan Rizman Ruzaini telah mendapat pujian ramai susulan mengetengahkan eleman klasik Malaysia dalam sentuhan mereka.

Menerusi Instagram rasmi Olympicmas, rekaan dari pereka tersohor itu telah menampilkan baju Melayu Teluk Belanga dan baju Kurung Moden beserta kerudung dengan pemilihan warna yang cukup cantik apabila digayakan nanti.

@olympicmas

#OlympicMAS #Paris2024 ‘The Malaya’ unveiled Presenting the official attire for the Malaysian Contingent at the Olympic 2024 opening ceremony, by Rizman Ruzaini. #MalaysiaBoleh #SukanDiTiktok

♬ original sound – OlympicMAS – OlympicMAS

Mengangkat tema The Malaya, video yang menampilkan model dengan menggayakan pakaian rasmi untuk acara pembukaan berkenaan telah menerima pujian daripada warganet.

Menurut Rizman Nordin, pemilihan busana tersebut adalah sangat istimewa apabila menjadikan beberapa inspirasi sebagai tema pembikinan busana terbabit.

“The Malaya adalah sentuhan yang sangat istimewa lahir dari lubuk hati kami sebagai pereka tempatan yang sentiasa mendokong nama Malaysia dalam setiap langkah perjalanan kami memperjuangkan rekaan fesyen disini, juga merentasi sempadan negara,”

“Kami menambah maniskan lagi gaya sopan itu dengan padanan kerudung yang begitu sinonim dengan wanita Malaya

“Baju Teluk Belanga pula dipilih sebagai tanda junjungan kasih kami buat Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor,” ujarnya.

acara pembukaan Olimpik

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji mengatakan busana berkenaan cukup cantik, elegan dan klasik kerana mengetengahkan ciri khas Malaysia di mata dunia.

Pemilihan warna yang juga bersesuaian membuatkan busana rekaan mereka menjadi lebih terserlah dan nafas baru dalam pakaian rasmi untuk acara berprestij tersebut.

Terdahulu, baju rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 telah menerima kritikan apabila merasakan pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mampu menghasilkan rekaan yang lebih baik lagi.