Bunuh & buang anak dalam sungai, wanita tertekan bayi 9 bulan masih tidak pandai merangkak

Bunuh & buang anak dalam sungai, wanita tertekan bayi 9 bulan masih tidak pandai merangkak

 

Gara-gara tertekan perkembangan bayinya berlangsung dengan agak lambat, seorang ibu muda berusia 21 tahun tergamak bertindak di luar batasan akal.

Hinggakan, anaknya yang masih berusia 9 bulan itu telah dianiya secara tidak berhati perut sebelum dibuang ke dalam sungai.

Sebelum kejadian berlaku, dia sedang menyusui bayi tersebut dan tiba-tiba didatangi ibu mentuanya yang bertanya “Mengapa tidak masak”.

Dari situ, mereka berdua sempat bertengkar kerana pertanyaan tersebut cukup membuatkan amarahnya meledak.

Lantas, pelaku terus meninggalkan rumah dalam keadaan marah sambil membawa anaknya sekali.

Kira-kira jam 1:30 tengah hari, dia sempat mencapai satu cutter dan menuju ke sungai dengan menaiki sebuah motosikal.

Sesudah sampai di sana, dia terus menamatkan hayat bayi malang itu dengan melakukan kecederaan fatal pada bahagian leher serta pergelangan tangan (nadi).

Rupanya sebelum berkahwin dengan suami, pelaku pernah menghidap masalah jiwa iaitu depression namun sudah disahkan sembuh.

Malangnya selepas menjadi ibu, dia kembali bergelut dengan gangguan emosi kerana orang sekeliling suka mengejek perkembangan anaknya yang lambat berjalan serta merangkak.

Dari situ, ia menjadi pemicu kemarahan yang akhirnya mendorong dirinya melakukan perbuatan jenayah terbabit.

Setelah selesai, ibu ini pulang ke rumah dan memberitahu segalanya kepada si suami sebelum laporan polis dibuat serta merta.