“Bukanlah buang anak sokong menantu..” – Ibu Syamsul Yusof terhutang janji dengan Puteri Sarah

“Bukanlah buang anak sokong menantu..” – Ibu Syamsul Yusof terhutang janji dengan Puteri Sarah

 

Sejak dari awal kemelut rumah tangga Puteri Sarah, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa ada bersama menantuya itu.

Malah, tetap menjalin hubungan baik dengan Puteri Sarah meskipun aktres itu sudah berpisah dengan Syamsul Yusof.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Datin Datimah berkata dia rasa serba salah terhadap Puteri Sarah kerana sebelum ini menyakinkan menantunya itu bahawa Syamsul akan kembali ke pangkuan namun sebaliknya yang berlaku.

“Saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya beritahu dia, ‘Puteri Sarah sabar nanti Syamsul akan balik’. Tapi akhirnya macam tu pula jadinya. Itu yang membuatkan saya terlalu simpati dengan menantu saya.

“Lagipun Sarah pandai menjaga hati saya, bukanlah saya yang terbaik. Buang anak, sokong menantu pun tidak. Tapi kerana janji dan simpati kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat. Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat Sarah,” katanya.

Sementara itu, Patimah berkata dia bersimpati dengan nasib Puteri Sarah sebelum ini apabila berdepan kemelut rumah tangga dan sebagai ibu dia perlu akui meskipun anaknya sendiri yang membuat salah.

“Sebenarnya saya bukanlah ibu mentua yang terbaik tapi sebagai seorang wanita, saya bersimpati dengan menantu saya..seorang wanita yang ada anak. Walaupun darah daging kita sendiri buat salah, kita kena akui,” katanya.

@melodiberapi

Ramai yang jadikan Datin Patimah Mentua pilihan.. nah dengarkan jawapan beliau.. apa pun kami di Melodi ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 tahun buat Datuk Yusof Haslam & isteri Datin Patimah! #meloditv3 #fypシ゚viral🖤tiktok #ceritaartismalaysia #fypシ #syamsul #puterisarah #yusofhaslam #datinpatimah #fyp

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Tahun lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu di Songkhla, Thailand. Pada tahun yang sama, Syamsul dan Puteri Sarah bercerai talak satu pada 14 Jun.