Bukan simbol Illuminati, rupanya ini maksud sebenar di sebalik gaya ‘Alpha’ DMA Islam

Bukan simbol Illuminati, rupanya ini maksud sebenar di sebalik gaya ‘Alpha’ DMA Islam

 

Lepas trend ‘Nisa AI’, muncul lagi satu trend DMA Islam yang kini semakin viral di TikTok. Trend tersebut dimulakan oleh pengguna TikTok, DMA Islam yang memerlukan seseorang itu membuat beberapa gaya sebelum ia menjadi ikutan di media sosial tersebut.

Namun begitu, seorang lelaki di TikTok yang dikenali sebagai Dr. Ashraf Rostam yang merupakan seorang doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains Biomedik mendedahkan maksud sebenar gaya-gaya dalam trend tersebut.

@drashrafrostam

Ada apa dengan DMA pose ni ? #dma #dmaislam #dma_islam #dmapose

♬ original sound – Dr. Ash | Self Growth – Dr. Ash | Self Growth

Maksud posing ‘The Steeple’

Menerusi video tersebut, lelaki itu memberitahu gaya menyatukan kelima-lima hujung jari menyentuh lima jari pada kedua-dua belah tangan dinamakan sebagai ‘The Steeple’.

Kebiasaannya, gaya tersebut digunakan oleh orang yang berpangkat besar dalam sesebuah syarikat atau badan berautoriti bagi mempamerkan keyakinan diri.

Gaya ‘The Lowered Steeple’

Selain itu, apabila posing ‘The Steeple’ tersebut diletakkan di bawah antara kedua-dua belah kaki ketika duduk, ia dinamakan sebagai ‘The Lowered Steeple’.

Gaya itu selalunya dilakukan oleh pemain catur ketika sedang bertanding dengan pihak lawan.

Dengan gaya tersebut sambil tersenyum kepada pihak lawan, ia menunjukkan pemain catur itu seakan-akan yakin dan tahu akan pergerakan buah catur yang akan dilakukan oleh pihak lawan selepas itu.

Gaya itu juga sinonim dengan seorang ahli politik Jerman, Angela Merkel yang selalu melakukan posing tersebut sehinggakan gaya tersebut dinamakan sebagai ‘Merkel Diamond’.

Dma 3

Lelaki itu menyatakan kesemua gaya yang diterangkan adalah berdasarkan buku bahasa badan yang diterbitkan pada tahun 2005.

Walau bagaimanapun, kajian bahasa badan adalah subjektif kerana ia berkaitan dengan budaya, konteks dan juga masa.

Namun begitu, asas gaya ‘The Steeple’ itu sendiri menunjukkan keyakinan tuan badan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkara yang disampaikan oleh lelaki tersebut.

Dma 4 Dma 5 Dma 6

Wah.. lepas ni nak buatlah. Baru nampak confident!