Bukan sebagai hiasan, rupanya ini fungsi sebenar lubang kecil pada permukaan biskut yang ramai tidak tahu

Bukan sebagai hiasan, rupanya ini fungsi sebenar lubang kecil pada permukaan biskut yang ramai tidak tahu

Pernahkah anda perasan kebanyakan biskut yang berada di pasaran mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya?

Pada awalnya ramai menyangka ia adalah hiasan, tapi tidakkah pembaca ingin tahu mengapa setiap biskut mempunyai bentuk dan lubang kecil yang serupa?

Untuk makluman anda, lubang-lubang yang terdapat pada permukaan biskut bukanlah hiasan semata-mata, tetapi juga mempunyai maksud yang tersirat.

Salah satu sebab mengapa terdapat lubang-lubang kecil pada permukaan biskut adalah untuk memastikan proses masakan berjalan dengan baik.

Lubang-lubang tersebut memainkan peranan dalam memastikan biskut masak sepenuhnya, termasuk bahagian dalamnya.

Jika biskut tidak mempunyai lubang-lubang tersebut, ia boleh menyebabkan struktur biskut menjadi tidak kukuh, mudah pecah, hancur, dan lembik.

Di samping itu, lubang-lubang pada biskut juga membenarkan pelepasan haba semasa proses pemanggangan.

Akibatnya, biskut yang dipanggang tidak akan mengembang sebagaimana biskut atau roti yang lain.

Kedudukan lubang pada biskut

Lubang-lubang biskut ini harus diletakkan dan disusun pada jarak yang sama. Jika tidak, biskut yang dibuat akan menjadi terlalu keras atau terlalu lembut.

Kedudukan lubang yang rapat juga akan menjadikan biskut lebih kering dan sukar dikunyah.

Manakala, jika lubang akhirnya terlalu jauh pula akan menyebabkan biskut berderai.

Biskut pertama dicipta pada tahun 1792 oleh John Pearson, iaitu Pearson’s Pilot Bread.