“Bukan nak buka aib keluarga, tapi…” – Adik ipar dituduh penyondol, kakak Safee Sali buka cerita sebenar

“Bukan nak buka aib keluarga, tapi…” – Adik ipar dituduh penyondol, kakak Safee Sali buka cerita sebenar

 

Kisah perceraian bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Safee Salli dan bekas isteri, Fitria Elfina (Shasha) dengan talak dua semalam mengundang persepsi negetif dari netizen yang seakan “bersorak” atas perceraian tersebut.

Ramai menganggap inilah kifarah yang harus diterima Fitria atau disapa Sasha kerana dirinya adalah punca kepada perceraian Safee dengan bekas isteri pertama, Sabrina Yusof.

Luahan hati Fitria ini terjadi ketika  dirinya tampil dalam podcast Mingguan Wanita di mana dirinya bercerita amat merindui anak yang sudah hampir dua bulan tidak ditemuinya.

Kakak kepada Safee, Normalayati Mohd Salli tampil memberi penjelasan berikutan terlalu banyak fitnah yang melata mengatakan Sasha adalah penyondol kepada perkahwinan pertama Safee dan ini adalah kifarah atas perbuatan lalunya.

“Saya kena betulkan apa yang salah. Bukan nak buka aib keluarga. Tidak sama sekali. Tapi saya ingin tegaskan bahawa Sasha bukan penyondol atau penyebab kepada keruntuhan rumahtangga Safee yang lalu,” katanya yang mahu masyarakat tidak terus menuduh adik iparnya itu sedangkan mereka tidak tahu kebenaran sebenar.

“Saya kena betulkan apa yang salah. Saya  berpaksi pada kebenaran. Jadi saya perlu beritahu perkara yang benar. Kenyataan sebenarnya, insan yang mereka kata penyondol itulah yang selalu mengingatkan Safee untuk tengok anak-anak dia di Sarawak. Malah sepanjang Safee jumpa anak-anak, Sya ada ikut sama dan bersembang dengan Sabrina,”  katanya Yam yang juga anak ketiga dari 12 beradik.

Jelasnya yang juga seorang perawat islam, dirinya mengetahui segalanya termasuk kebenaran yang Allah tunjukkan sebelum adiknya  berkahwin di Thailand secara diam-diam dan cara bagaimana hubungan ketiga itu terjalin dengan cara yang salah.

“Saya tak akan kata adik saya betul sebab memang tindakannnya salah. Salah kerana tidak bertindak sebagai lelaki dan suami yang betul dalam rumahtangga. Keluar dari rumah tanpa beritahu isteri ke mana dan tidak menghiruakan keluarganya. Itu semua salah dan tak mustahil hati isteri akan terasa, termasuk bila isteri dapat tahu suaminya ke Thailand dan berkahwin lain secara sembunyi-sembunyi.

Lebih larat dan menyedihkan, bika pisahkan emak dengan anak-anak. Itu juga tak betul. Begitu juga Sasha diminta keluar dari rumah sewa sedangkan dirinya masih dalam edah, jadi itu tanggungjawab Safee untuk sediakan. Tapi itulah yang terjadi,”jelasnya.

Yam turut berkongsi coretan  anak sulung Sasha yang menulis mengatakan dirinya merindui emaknya tapi tak dapat berjumpa.

Nota ini berbunyi, “Ayah cakap nak pergi dekat Mama. Tapi tak pun. Kakak rindu Mama. Lepas tu semua orang marah kakak  kecuali Mama dan Tuhan…”. Nota inilah yang dijumpai oleh Sasha di dalam kereta sewaktu Safee meninggalkan kereta lama di hadapan rumah mereka.

Kakak Safee Sali Tampil Bela Adik Ipar, “Dia Bukan Penyondol, Saya Kena Betulkan Apa Yang Salah…”

Kata Normalayati, apa yang terjadi semasa perceraian Safee yang pertama dahulu tinggal  sejarah kerana tidak perlu diperpanjangkan walau ramai tidak tahu akan kebenaran sebenarnya.

“Biarlah, ia menjadi rahsia keluarga kami. Ada kata Safee tak jenguk anak. Kami tahu kenapa hal itu terjadi.  Tapi apa yang boleh saya katakan, jangan memandai beri komen mengatakan Shasa penyondol atau sebagainya kerana dirinya bukan begitu,” katanya yang berkali-kali memaklumkan tujuan dirinya bercerita bukan mahu membuka aib keluarga tapi menulis kepada kebenaran.

“Saya tengok ada artis bercerita tentang ini. Seolah-olah ini kifarah untuk Shasa dan seolah dia tahu kejadian keseluruhan. Jangan bertindak seolah kita tahu tapi sebenarnya ada kisah lain yang kita tak tahu apa terjadi.

“Saya selalu nasihatkan Sha untuk solat dan memohon pada Allah, nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya. Ya, memang Allah tunjuk satu persatu kebenaran termasuk rumahtangga mereka mula berantakan. Ia dipertunjukkan melalui mimpi-mimpi. Semua itu saya tahu kebenarannya.

“Sha sendiri kenal Safee selepas rumahtangganya bermasalah. Sha sendiri berkorban datang ke Malaysia tapi akhirnya ia begini. Saya ada cerita pada adik beradik bahawa kita kena betulkan apa yang salah kerana di hadapan Allah kelak kita yang akan menjawapnya,” kata Yam ketika dihubungi.

Sumber: Mingguan Wanita