Bukan hilang, tapi Aliff Syukri bawa diri ke Australia sebab bergaduh dengan isteri

Bukan hilang, tapi Aliff Syukri bawa diri ke Australia sebab bergaduh dengan isteri

 

SUSULAN menghilangkan diri sebelum ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri rupa-rupanya melarikan diri ke Australia.

Isteri usahawan itu, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, 39, mendedahkan Aliff ke luar negara kerana merajuk selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

“Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari rumah,” katanya.

Shahida berkongsi perkara itu selepas ditanya penyanyi Ifa Raziah tentang punca Aliff gagal memunculkan diri di sebuah festival jualan raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Mac lalu.

Ifa berkongsi video bertemu Shahida dan Aliff di Instagram miliknya pada Isnin.

Shahida bagaimanapun tidak menjelaskan punca pergaduhan mereka sehingga Aliff membawa diri ke luar negara.

Dalam pada itu, Aliff pula memberitahu dia memang berada di luar negara dan tidak menghadiri semua jemputan yang dibuat kepadanya.

“Saya memang tak pergi mana-mana acara. Saya di Australia,” jelasnya.

Sementara itu, Ifa turut menegur Aliff yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila usahawan tersebut tidak hadir ke acara anjuran miliknya.

“Geram saya tunggu 4 hari 3 malam selama 72 jam tapi dia (Aliff) tak datang,” ujarnya.

Bagaimanapun, kehilangan Aliff atau Alif Syukri Kamarzaman, 37, dipercayai selepas tertekan dengan kontroversi video teaser lagu berjudul Love Raya yang didakwa lucah dan menghina kesucian bulan Ramadan baru-baru ini.

Pada 3 April lalu, sebuah telefon bimbit dan kad sim milik Aliff turut disita oleh SKMM turut menyita telefon bimbit dan kad sim milik usahawan itu bagi tujuan siasatan.

Aliff sebelum itu,m memberitahu video teaser berkenaan sekadar gurauan April Fool dan tidak akan nengeluarkan sebarang lagu.

Jika disabitkan kesalahan, usahawan berkenaan boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.