Bukan hidangan Barat, Mat Salleh dedah ‘Chicken Chop’ sebenarnya berasal dari Malaysia
Asal usul suatu makanan kerap menjadi perdebatan hangat di media sosial sehingga boleh menimbulkan ketegangan.
Begitu juga dengan asal usul menu popular dalam kalangan rakyat tempatan iaitu menu chicken chop yang dikatakan hidangan berasal dari Barat.
Seorang TikToker Mat Salleh yang bernama Greg Larcombe membuat pendedahan mengatakan bahawa hidangan chicken chop bukanlah berasal dari Barat, tetapi ia adalah ciptaan di Malaysia.
Menerusi perkongsian dalam video TikToknya, dia menyedari ramai rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui mengenai asal-usul hidangan terbabit.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, saya menyedari bahawa tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat.
“Ia dicipta di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia adalah hidangan Barat.
“Ia kelihatan seperti hidangan Barat, ia biasanya bukan jenis makanan yang anda dapati di sebahagian sini (Barat), dan sudah tentu, ia ada pada menu Barat jika anda pergi ke restoran (di Malaysia),” katanya.
@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia
Mengulas lanjut, dia berkongsi mengenai kewujudan menu ini di Malaysia yang mana hidangan tersebut diperkenalkan oleh orang Cina yang berhijrah ke sini terutamanya dari kalangan Hainan pada abad ke-19.
“Apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia terutamanya dari kalangan Hainan, ramai daripada mereka bekerja di rumah British, dan mereka mula menyesuaikan masakan mereka dengan palet (citarasa) Barat,” tambahnya lagi.
“Mereka merupakan orang pertama yang mula mencipta hidangan Barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satu daripada hidangan yang mereka cipta adalah chicken chop,” katanya.
Katanya lagi, lebih menguatkan lagi hidangan chicken chop bukan asal Barat apabila sos yang digunakan dalam hidangan ini tidak sama dengan sos yang mereka biasa gunakan di negara Barat.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang mendakwa sudah berpuluh tahun hidup, baru mengetahui bahawa makanan ini sebenarnya dari Malaysia.
Walaupun chicken chop bukan asal dari sana, tapi dia setuju je hidangan ni style Barat.