Budak 4 tahun maut lepas ‘thumbtack’ cucuk paru-paru kiri

Budak 4 tahun maut lepas ‘thumbtack’ cucuk paru-paru kiri

Kanak-kanak sememangnya mudah tertarik dengan benda-benda kecil macam guli, bola kecil atau duit syiling. Disebabkan objek-objek ni terlampau kecil, kadang-kadang kita yang dewasa ni pun tak perasan yang benda ni ada kat lantai.

Walaupun objek ni kecil, namun thumbtack (paku tekan) ini lah yang telah meragut nyawa si kecil yang berumur empat tahun di Graham, Washington, Amerika Syarikat, lapor Daily Mail.

Ibu kanak-kanak tersebut, Ayla Rutherford, 29 tahun pada ketika itu sedang mandi di tingkat atas rumah apabila dia tiba-tiba terdengar jeritan dari ahli keluarganya di tingkat bawah.

Dia cepat-cepat turun ke bawah dan terkejut apabila melihat anak lelakinya, Axel tidak sedarkan diri dan badannya mula membiru.

Mereka bergegas membawa mangsa ke hospital dan doktor mendapati kanak-kanak itu telah tertelan thumbtack. Objek kecik tu dah menembusi paru-paru kiri mangsa dan sebab ini lah dia tak dapat bernafas.  

Doktor mengambil masa lebih kurang dua jam untuk membuang thumbtack terbabit. Difahamkan, setelah seminggu bergantung pada mesin bantuan pernafasan, Axel telah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu bapanya.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu menasihati ibu bapa lain agar membuang sebarang pin atau objek kecil yang tajam dalam rumah agar tiada kanak-kanak lain yang terpaksa melalui kejadian tragis itu.

Jika rumah anda ada sebarang pin yang sama, sila buang atau simpannya dengan baik. Semua ini tidak berbaloi jika dibandingkan dengan nyawa atau kesakitan yang anak anda alami,” kata Ayla.

Menurutnya, dia tidak mahu sesiapa lagi terpaksa melalui perkara itu. Ayla juga mengimbas semula pada hari kejadian, mereka pada mulanya mengesyaki yang kanak-kanak itu tercekik sesuatu dan suaminya juga cuba membuang objek yang ada dalam mulutnya. CPR juga telah dibuat pada ketika itu sebelum ambulans sampai. – LM