Budak 4 tahun dilapor maut tertelan paku tekan
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia setelah tertelan paku tekan.
Menurut Mirror.co, ibu mangsa yang sedih dengan perkara itu menggambarkan semula bagaimana dia memeluk anaknya ketika saat-saat kematian tersebut.
Dia mengatakan bahawa dia berada di dalam bilik mandi pada ketika itu dan mendengar ahli keluarganya menjerit.
Setelah itu, dia keluar dan melihat suaminya sedang melakukan Heimlich Manuver (pertolongan kecemasan untuk membantu orang yang tersedak) pada anak mereka.
Usaha mereka itu menemui kegagalan apabila kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.
Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati bahawa dia tidak tersedak tetapi telah tertelan paku tekan, ia telah menembus paru-paru kirinya dan membuatkannya tidak dapat bernafas.
Setelah seminggu menggunakan alat sok0ngan hidup dan empat ujian kematian 0tak, kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.
Ibu bapa mangsa memperingatkan orang ramai untuk membuang sebarang paku tekan yang ada di rumah untuk menggelakkan anak-anak mengalami nasib yang sama seperti anak mereka. – Mirror.co, MDV