Buat video promosi program ala-ala gengster, Rina Harun teruk dikecam

Buat video promosi program ala-ala gengster, Rina Harun teruk dikecam

 

Bagi mempromosikan Program Keusahawanan Wanita Bangkit yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), Menteri Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun telah berkongsi video bersama Datuk Rosyam Noor untuk menarik lebih ramai orang hadir ke program berkenaan.

Nak promosikan program

Video terbabit telah dikongsikan di laman TikTok Datuk Seri Rina dan mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

@dsrinaharun

Wanita selalu lambat? Jom sertai Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM yang akan diadakan di World Trade Centre bermula pukul 9 pagi esok. @Rosyam Nor #RinaHarun #ToWorkToEngage #KPWKMPrihatin #fyp #fypシ

♬ original sound – Rina Harun – Rina Harun

Kenapa nak kena acah2 gangster?

Namun, bukan semua bersetuju dengan konsep yang ditonjolkan untuk mempromosikan program berkenaan kerana dilihat seperti ada unsur ‘gangster’ dan merendahkan wanita.

Hal tersebut dimuat naik semula di akaun Twitter dan menjadi perdebatan ramai. Menerusi perkongsian yang dibuat @PoliticoMy ramai yang kurang senang dengan dialog yang dilontarkan mereka berdua.

“Bangun lambat, bangun lambat, semuanya lambat. Perempuan ni, wanita ni semuanya lambat. Eh bangkitlah! Bangkit! Bangun daripada tidur! Besok dekat WTC, ada program aku dengan Datuk Seri Rina dengan KPWKM. 

“Besok siapa-siapa nak masuk, korang datang je dekat sana. Pukul 9 pagi, korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang. Amacam Datuk Seri? Balik dulu…” kata Rosyam.

Menteri tersebut tak berdiam diri dan menjawab apa yang diperkatakan pengarah tersebut seakan membela wanita sebelum dijawab dengan gurauan dari Rosyam Noor.

“Datuk, saya nak beritahu. Kita selalu dengar, di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita hebat di sebelahnya. Tetapi di sebalik kejayaan seorang wanita, belum tentu ada lelaki di sebelahnya.”

“Tetapi kalau wanita yang menangis, siapa yang pujuk?” kata Rosyam yang terus keluar dari bilik Menteri KPWKM.

Jijiknya video!

Perkara tersebut sudah tentu tidak disenangi ramai kerana dilihat merendahkan wanita apabila meletakkan imej kurang baik kepada wanita.

Menjengah ke ruangan komen-rata-rata berasa ralat dengan video yang tular tersebut dan meminta menteri tersebut berfikir dengan lebih baik dalam membuat konten bagi mempromosikan program.

Pagi-pagi masak sarapan tu siapa?

Nak buat lawak tapi tak sampai

Dah tak ada adab lagi ke untuk perkara rasmi?

Mentaliti kelas ketiga

Tak ada istilah mulut jahat hati baik

Bangun lambat pun kerja jalan kot