Buat live di Maldives, TikToker Malaysia gelabah lari elak selisih pelancong pakai bikini

Pulau Maldives sering menjadi pilihan utama pelancong pelbagai negara sebagai lokasi makan angin.
Meskipun harga penginapannya menelan kos besar, namun semua itu bukanlah satu masalah lagi setelah mata kita dihidangkan dengan pemandangan cantik terutamanya air laut biru menghijau.
Allahuakhbar, tak boleh lalu sini…Ya Allah lindungi aku…Aku hanya memandang kaki ku Ya Allah
Baru-baru ini, seorang TikTokers terkenal iaitu Ilyas turut berpeluang melancong ke sana selama beberapa hari.
Namun di saat sedang berjalan sambil membuat siaran live di sekitar pusat peranginan tersebut, dia mulai panik selepas terserempak dengan ramai pelancong lain yang dilihat memakai swimsuit mencolok mata.
@aaabias kiri kanan sapenda sampai , harus bagaimana saya @rahaholidays @ourthrift.co2 #fyp #bukanmaen #bundlemalaysia #maldives
@animnabila96 Hampa tengok sat si ilyass ni aku tak larat gelak dengan dia 😂😂😂😂
Banyak perangkap la wey, sat, sat…Aku tak boleh bawa hangpa jalan-jalan
Lucunya, dia sanggup berlari-lari mencari jalan lain supaya pandangannya terhindar daripada ternampak pengunjung yang mendedahkan separuh badan mereka.
Selain terdiam di sebalik pohon kelapa, sesekali Ilyas juga spontan menghalakan skrin telefonnya ke atas permukaan pasir serta dinding resort agar penonton di video live tidak melihat perkara sama.
Rupanya melalui tinjauan, terdapat pelbagai video lainnya yang tular dan cukup menghiburkan netizen.
@makstoberi Replying to @ney_nabila sapendaa part 2🤣🤣🤣#samsunghaa #fyppppppppppppppppppppppp
@nadia_nanad02 Bestnya Samsung arr p Maldives 🏊🏄@aaabias#samsungarr #maldives #rwyfb @#artistatiktok #fyp #budinburgerbatu5
Lain kali pergi Pulau Pangkor je, sana memang banyak sapendaaaaa Yas
Melalui ruangan komen, ramai terhibur dengan cara Ilyas memegang telefon yang tak ubah seperti sedang melakukan rakaman paranormal.
Namun di sebalik kelucuan, pemuda ini dipuji kerana berusaha menjaga pandangan matanya.