Buat lawak isu rogol, netizen serang ‘pengerusi tahfiz’ siap korek gambar lama

Buat lawak isu rogol, netizen serang ‘pengerusi tahfiz’ siap korek gambar lama

 

Belum reda isu seorang pendakwah bebas didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, muncul isu baru apabila seorang lelaki dipercayai ‘pengerusi kem tahfiz’ yang menjadikan perkara tersebut sebagai satu bentuk gurauan.

Ulas isu pendakwah

Hantaran yang dibuat di laman Facebook miliknya telah tular kerana disifatkan sebagai satu bentuk sexsual grooming apabila mengatakan mungkin remaja perempuan tersebut yang merogol pendakwah berkenaan.

Netizen korek gambar lama

Kenyataan yang dibuat olehnya mencetuskan perdebatan umum dan rata-rata warganet berang dengan apa yang ditulis kerana dilihat memperlekehkan mangsa yang masih dibawah umur.

Susulan daripada itu, pengguna media sosial Malaysia yang terkenal dengan ‘kecekapan’ mencari tahu tentang butiran individu yang membuat onar telah berkongsi gambar-gambar lama yang dikatakan milik lelaki terbabit dengan memperlihatkan perilaku sebenar lelaki tersebut.

Pernah juga tweet yang bukan2

Tak hanya itu, ada juga netizen yang sempat berkongsi tangkapan layar ciapan yang pernah dibuat individu tersebut di laman Twitter menjurus kepada tindakan yang tidak senonoh.

Macam2 hal!

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet berasa jijik dengan tindakan lelaki itu. Mana tidaknya, kenyataan jelek yang dibuat tempoh hari sahaja telah membuatkan orang berasa geram apatah lagi setelah melihat gambar-gambar yang berjaya dikorek netizen di media sosial miliknya.

Apalah yang difikir dalam otaknya

Komen pun dah menjijikan

Netizen kalau dah ‘korek’ memang payah la

Sangka baik jela, mungkin gambar lama

Walau bagaimanapun, kesahihan gambar tersebut tidak dapat dipastikan kerana ia adalah ciapan yang dibuat oleh netizen di laman Twitter.