Buat konsert free, Aishah sempoi hiburkan geng sangkut ‘traffic jammed’ depan rumah

Buat konsert free, Aishah sempoi hiburkan geng sangkut ‘traffic jammed’ depan rumah

 

Penyanyi hebat, Datuk Aishah mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya menghiburkan pemandu-pemandu yang sedang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di hadapan kediaman keluarganya.

Menerusi video di TikTok, Aishah yang mengenakan baju kurung berona kuning cair dilihat mendendangkan lagu raya popular nyanyiannya yang bertajuk ‘Pulanglah’.

Nyanyian Aishah yang bersahaja itu disaksikan oleh puluhan kenderaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing mahupun buat mereka yang dalam perjalanan untuk berhari raya ke rumah sanak saudara tercinta.

@aishahjmm

Pulanglah🥰🥰🥰

♬ original sound – Wan Aishah Wan Ariffin – Wan Aishah Wan Ariffin

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun dengan nyanyian Aishah yang hanya menggunakan mikrofon dan set karaoke majlis kenduri kampung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Aishah yang sedikit sebanyak berjaya mengubat hati mereka yang gelisah akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan jalan raya akan bertambah sesak kerana orang ramai mahu menonton konsert ‘free’ yang dilakukan Aishah.