Buat hal! Amber Heard selamba buka seluar & berak tepi jalan

Buat hal! Amber Heard selamba buka seluar & berak tepi jalan

 

Selebriti antarabangsa, Amber Heard sekali lagi kantoi membuang air besar di kawasan perumahan terbaharunya di Sepanyol.

Aksi itu dirakam oleh salah seorang jirannya dan kemudian dimuat naik semula di laman Youtube milik wartawan penyiasat, Joseph Morris.

Menerusi video dimuat naik, pelakon berusia 36 tahun itu dilihat selamba membuka seluar dan duduk bertinggung sebelum membuang air besar. Difahamkan Amber berkelakuan sedemikian dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, mereka sudah tidak tahan dengan perangai Amber yang gemar membuang air besar di kawasan kejiranan.

Katanya lagi, ia bukanlah kali pertama Amber berbuat sedemikian kerana mereka seringkali mencium bau busuk dan najis berada di merata-rata tempat selepas bintang filem Aquaman itu berpindah di kawasan berkenaan.

Disebabkan tidak tahan dengan perangai tersebut, mereka bersepakat untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia adalah angkara selebriti berkenaan.

Malah, mereka juga berharap agar Amber dapat keluar secepat mungkin erana dia telah mencemarkan keamanan dan ‘vibes’ kawasan berkenaan.

Terdahulu, bekas suami Amber iaitu Johnny Depp mendedahkan wanita itu pernah membuang air besar di atas katil mereka ketika berlangsungnya kes perbicaraan saman fitnah pada awal tahun ini.