Boss Susu komen isu nama tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh, tapi kenapa ‘delete’?

Boss Susu komen isu nama tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh, tapi kenapa ‘delete’?

 

KENAPA DIA DELETE?

“Bagaimanapun, Niaga Kini dapati komen tersebut sudah dipadam oleh Azmi tidak lama kemudian.” – Niaga Kini

Kenapa dia delete? Apa yang dia tulis?

“Bila nak IPO mesti ada corporate exercise dan lantik independent director… beberapa pengarah awal kena bagi jalan pengarah bebas supaya telus,” komen beliau.

Nak tergelak aku baca justification dia. Kalau betul, mesti dia tak delete kan? Anyway, dulu pun masa dia jawab kajian aku pun, dia melalut cerita anak dia jadi doktor lah, hasil tunggangan Cina lah. Lepas tu dia delete. Tapi banyak portal dah catch.

Pointnya bukan aku nak cerita kena tunggang ke apa. Aku kasitau fakta dan kebenaran. Ya, memang benar dia tak pernah mengaku Farm Fresh milik dia atau bumiputera.

Tapi dia mendiamkan orang lain claim, penjual-penjual dia claim. Kenapa tak buat press release announce yang Farm Fresh dimiliki oleh majoriti VC dari Singapura dan Loi brothers? Or buat laporan polis dekat mereka yang claim Farm Fresh syarikat bumiputera. Google jumpa bang!

Macam tu juga tauke cap masjid, dia pun tak pernah claim syarikat bumiputera. Kedai makan pemilik hindu yang meletakkan Bismillah pun tak pernah mengaku kedai tersebut milik muslim.

Pasal nama Azmi tak masuk dalam senarai pengarah Farm Fresh Berhad, kenapa tidak Loi yang keluar? Kenapa dimasukkan pengarah baru daripada Pepsico dan Uniqlo yang profilnya adalah branding dan marketing.

Bukankah Azmi muka depan, branding dan marketing Farm Fresh? Berapa ramai yang ingat Farm Fresh Azmi punya kan?

😜

Aliff Ahmad