Booking homestay cakap datang sorang, bila datang sekali 3 kereta, lepas tu tinggal rumah bersepah

Booking homestay cakap datang sorang, bila datang sekali 3 kereta, lepas tu tinggal rumah bersepah

 

Bagaikan mimpi ngeri buat mana-mana pemilik homestay jika mendapat penghuni yang tidak bertanggungjawab. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila rumah berkenaan ditinggalkan dalam keadaan yang begitu kotor.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Zyhafaroshaa di TikTok meluahkan rasa kesal apabila melihat homestay miliknya itu berada dalam keadaan yang bersepah.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan barang-barang di dalam rumah tersebut tidak dikemaskan dan tilam yang sepatutnya berada di dalam bilik berada di ruang tamu.

Lebih mengejutkan lagi apabila pada awalnya tetamu berkenaan hanya menempah homestay untuk seorang sahaja, namun tidak sangka sebenarnya tiga kereta yang datang!

Wanita berkenaan seperti tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu mengucap mengenangkan masa serta tenaganya untuk membersihkan rumah terbabit.

Penat ya bila dapat tetamu macam ni. Tempah untuk seorang yang datang 3 kereta. Memang aku basuh je terus rumah tu lepas tu.

Video berdurasi dua minit 11 saat itu meraih lebih 232 ribu tontonan dan mendapat lebih 18 ribu tanda suka di TikTok.

zyhafaroshaa Penat ye bila dapat guest macam ni. Book untuk seorang, yang datang 3 kereta. Memang aku basuh aje terus rumah tu lepas tu.

‘Dia tidur ke bergaduh’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa geram dengan tindakan penghuni berkenaan yang tidak membersihkan rumah tersebut. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.