“Bolehkah aku minta bahagian kebahagiaanku” – Kongsi foto di mahkamah, hantaran madu Adira cetus tanda tanya

“Bolehkah aku minta bahagian kebahagiaanku” – Kongsi foto di mahkamah, hantaran madu Adira cetus tanda tanya

 

Hantaran isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Syarifah Nor Shafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red mendapat perhatian daripada warganet.

Menerusi muat naiknya itu, Datin Red berkongsi video kata-kata sedih mengenai pelbagai ujian yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Malah, Datin Red juga berkongsi foto berada di mahkamah dan menyatakan menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT sekaligus menimbulkan persoalan kepada warganet.

“Ujian apa lagi yang belum aku rasakan ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan semuanya telah diuji kepadaku. Berada dititik paling bawah pun telah aku rasakan. Ya Allah, bolehkah aku meminta bahagian kebahagiaanku.

“Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu, itu pasti milikmu dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu, maka pasti sesuatu itu tidak cocok untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan teruslah mengucapkan Alhamdulillah,” kongsinya.

Datin Red

Sekadar info, Datin Red merupakan isteri pertama dan memiliki lima orang cahaya mata bersama Datuk Red.

Manakala, pada 3 Disember 2015, Datuk Red telah berkahwin dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat orang anak bersama.