“Boleh jual macam tu je?” – Pasar raya didakwa jual katak secara terbuka bersebelahan ikan

“Boleh jual macam tu je?” – Pasar raya didakwa jual katak secara terbuka bersebelahan ikan

 

Satu pendedahan dibuat oleh pengguna di aplikasi X mengenai tindakan penjual di sebuah pasar raya yang secara terbuka menjual daging yang didakwa merupakan daging katak.

Daging katak tersebut diletakkan bersebelahan dengan longgokan ikan.

“Pasar raya Selayang jual daging katak secara terbuka bersebelahan ikan. Makanan haram bercampur dengan halal, dijual secara longgok,” tulisnya.

Susulan itu, orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli di pasar raya berkenaan.

“Hati-hati jangan tersalah beli nanti ingatkan ayam atau burung puyuh, rupa-rupanya katak,” katanya.

Netizen turut mengecam pihak pasaraya berkenaan yang tidak prihatin dengan isu ini dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembeli.

Dalam masa sama, ada netizen mengatakan perkara itu tidak tidak pelik kerana ramai warga asing selalu mengunjungi pasaraya berkenaan.

Dalam hantaran tersebut juga, netizen turut memetik nama Timbalan Menteri KPDN untuk tindakan lanjut.