BN, PH di Perak resipi bencana – Peja

BN, PH di Perak resipi bencana – Peja

 

Keputusan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) di Perak adalah resipi untuk bencana.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan itu mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin Umno sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.

“Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung Umno ‘No Anwar, No DAP’?

“PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PN Perak tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah.