Blogger nasihat pengarah ROS letak jawatan, tanggungjawab pegawai kerajaan dalam negara merdeka

Blogger nasihat pengarah ROS letak jawatan, tanggungjawab pegawai kerajaan dalam negara merdeka

 

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KERAJAAN DALAM NEGARA MERDEKA

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah membatal keputusan mengatakan penangguhan mesyuarat agung Umno sebagai tidak sah.

Perkara itu diberi tahu Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang menerima surat pemberitahuan itu daripada Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim.

Ertinya ROS ini u-turn semula apa yang dibuatnya. Sudah pasti u-turn ini dibuat setelah ketua kerajaan kini dipegang oleh orang Umno. Kalau ketua kerajaan masih dipegang oleh orang bukan Umno, mungkin keputusan itu tetap dan Umno berada di ambang pengharaman.

Apa dapat difahami disini, ROS berbuat sesuatu tindakan bukan berdasarkan peraturan, SOP dan bidang kuasanya tetapi atas arahan pihak lain.

Kejadian seperti ini bukan berlaku dalam hal ini sahaja, dimana ketua-tua jabatan tidak dapat bertindak mengikut garis peraturan ditetapkan tetapi mengikut kepala dan telunjuk sang penguasa. Apakah ini erti dan budi sebuah kemerdekaan?

Apa pun dinasihatkan pengarah ROS itu elok meletak jawatan sebagai tanggungjawab dan protesnya kepada penyalahgunaan undang-undang. Jangan jadikan kita kuda hitam tunggangan mana-mana pihak, hidup perlu bermaruah dalam sebuah negara merdeka. Trims.

Sumber: Mohd Sayuti Omar II