Bini ke-2 tak tahan sikap pengotor suami, nak ‘return’ balik kat isteri pertama

Bini ke-2 tak tahan sikap pengotor suami, nak ‘return’ balik kat isteri pertama

 

Sebelum ini, kebanyakan masyarakat pasti mempunyai pandangan sinis terhadap poligami.

Namun begitu, tertarik dengan suami orang seolah-olah dianggap trend masa kini pula.

Matang, romantik, kelakar serta kewangan stabil dan romantik antara ciri-ciri utama mengapa golongan tersebut menjadi dambaan wanita bujang.

Isteri pertama benarkan, tak kisah suami kahwin lagi…asalkan bayar nafkah, tak jumpa dia pun takpa

Bekas peguam keluarga, Reina Lum baru-baru ini berkongsi cerita pelik tapi benar tentang isu poligami yang pernah dikendalikan sebelum ini.

Dia sendiri pernah tertanya, mengapa seorang isteri dengan rela hati benarkan pasangannya kahwin sekali lagi.

Syarat yang ditetapkan pula hanyalah bayar nafkah, bahkan wanita tersebut tidak kisah si suami tinggal di rumah madunya 6 hari seminggu.

@reinalum

Replying to @zura.rahman Ingat kawen dgn laki org best ke? Lol. Musibat bnyk 😂 #storytime #fypmalaysia #tiktokmalaysia #kawin #poligami #kawindua #lakiorang #perampas #perampaslakiorang

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Kurang 6 bulan kahwin…isteri kedua nak ‘refund‘ suami balik, tak tahan sikap pengotor

Tidak sampai 6 bulan mereka berkahwin, tiba-tiba Reina dapat panggilan daripada isteri kedua yang mahu pulangkan pasangan agar balik ke rumah madunya semula.

Meskipun sudah dipujuk berkali-kali, wanita itu bagaimanapun dedahkan bahawa dia tidak sanggup bertahan lagi dengan sikap pengotor suaminya.

Secara keseluruhannya, kisah rumah tangga yang ‘rare‘ dan kelakar ini telah meraih hampir 500 ribu views di aplikasi TikTok.

@reinalum

Replying to @maklong.moknik kena hadap musibat tp tak cerai in the end. Alhamdulilah 😝 #fypmalaysia #tiktokmalaysia #kawin #poligami #kawindua #lakiorang #perampas #perampaslakiorang

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

‘Barang terpakai’ memang susah nak return balik…tulah, ingat poligami ni semuanya best ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata terhibur apabila mendengar punca dan penjelasam daripada isteri kedua tersebut.

Apa yang lebih mencuit hati, mereka turut berseloroh bahawa ‘barang terpakai’ memang susah untuk return atau refund balik.