Bini belasah suami sampai mati, anak 11 tahun jadi saksi

Bini belasah suami sampai mati, anak 11 tahun jadi saksi

 

Seorang lelaki dilaporkan maut di kediamannya di sebuah flat di Johor Bahru pada hari ini bersamaan 15 Julai 2022.

Dipercayai dipukul isteri

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang berusia 44 tahun itu dipercayai dipukul oleh isterinya berusia 35 tahun sehingga meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya bergegas ke rumah terbabit selepas menerima panggilan berhubung kejadian.

Menurut sumber, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring manakala kakinya terikat dan terdapat kesan lebam di bahagian sebelah kanan mukanya.

Anak lelaki sulung pasangan itu merupakan saksi kepada kejadian tersebut.

Suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan pihak polis.

Suspek akan dikenakan perintah reman manakala motif dan senjata digunakan suspek masih dalam siasatan polis.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan awal mendapati, pasangan suami isteri itu dipercayai kerap bergaduh dan suspek juga dilaporkan pernah ditahan polis sebelum ini.