Bimbang dicekup, dua GRO nekad terjun kondominium

Bimbang dicekup, dua GRO nekad terjun kondominium

Bimbang dicekup, sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam yang juga cuba melarikan diri apabila nekad terjun dari tingkat satu sebuah kondominium di Gunung Rapat di sini semalam.

Malangnya, tindakan itu mengundang padah apabila dua daripadanya cedera hingga terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Perak, Hapdzan Husaini berkata, operasi di rumah tersebut dijalankan melalui Op Patuh bermula pukul 12.00 tengah hari semalam hingga pukul 2 petang hari ini.

Katanya, dalam serbuan tersebut, rumah berkenaan disewa empat wanita warga Vietnam yang dijadikan sebagai tempat menawarkan khidmat seks.

“Menyedari kehadiran penguat kuasa, kesemua wanita itu cuba melarikan diri dengan terjun melalui tingkap dari tingkat satu rumah tersebut.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala yang lain pula berjaya diberkas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di rumah tersebut menjumpai kondom dan minyak urut yang disyaki digunakan untuk perkhidmatan seks.

Katanya, pelanggan akan membuat janji temu terlebih dahulu melalui aplikasi Michat, Wechat dan WhatsApp dengan mengenakan bayaran RM250 untuk khidmat seks,” katanya.

Sumber: Kosmo