“Bila orang menghina..” – Anak dikutuk seperti bibik, ibu Zahirah Macwilson bersuara
![“Bila orang menghina..” – Anak dikutuk seperti bibik, ibu Zahirah Macwilson bersuara “Bila orang menghina..” – Anak dikutuk seperti bibik, ibu Zahirah Macwilson bersuara](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-09-at-12.38.41-PM-e1704775181167.jpeg)
Hangat diperkatakan di media sosial mengenai pelakon Fathia Latiff yang secara tiba-tiba menyerang rupa paras Zahirah Macwilson.
Kata Fathia, Zahirah kelihatan seperti seorang bibik dan bibir mungil itu didakwanya dibuat di Australia. Kalau tengok di Instagram, ada banyak lagi ayat-ayat provokasi yang dilemparkan Fathia. Aduhai..
![Fathia](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/01/fathia-zahirah-gaduh.jpg.webp)
Setakat ini, Zahirah tidak memberi sebarang respon untuk membalas kenyataan Fathia. Namun, ibunya Maslinda Yusoff ada memuat naik foto anak memuji kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
![zahirah](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/01/ibu-zahirah.png.webp)
Di ruangan komen, para peminat memberikan kata-kata semangat meminta keluarga ini mengabaikan provokasi yang sengaja dibuat Fathia.