Bidan dicekup suami sendiri berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik hotel

Bidan dicekup suami sendiri berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik hotel

 

Seorang pemandu ambulans di Polman, wilayah Sulawesi Barat kecewa apabila menangkap isterinya sedang bermadu kasih dengan lelaki lain di sebuah bilik hotel, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai MI itu menangkap EK dan teman lelakinya sambil ditemani anggota polis.

Menurut MI, dia dan isterinya yang bertugas sebagai bidan, merupakan kakitangan di sebuah pusat kesihatan setempat.

MI berkata, dia kecewa dengan perubahan sikap isterinya selepas lima tahun mereka berumah tangga.

“Kami berkahwin pada 2019 dan dikurniakan seorang anak. Saya serahkan sahaja kes ini sepenuhnya kepada pihak berwajib,” ujarnya.

Tambah MI, sebelum dia menyerbu bilik hotel tersebut, dia mula curiga apabila melihat kereta isterinya berada di hadapan premis berkenaan.

Selepas melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa, mereka menyerbu pasangan berkenaan sebelum membawa kedua-dua suspek untuk disoal siasat.

EK dan teman lelakinya didakwa atas kesalahan bersekedudukan dan berdepan hukuman penjara setahun jika didapati  bersalah.