“Betul ke kena cerai kena halau?” – Isu Syamsul Yusof & Ira Kazar bercerai, netizen ‘berkampung’ di IG Puteri Sarah

“Betul ke kena cerai kena halau?” – Isu Syamsul Yusof & Ira Kazar bercerai, netizen ‘berkampung’ di IG Puteri Sarah

 

Nama Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar menjadi bualan hangat di media sosial selepas dipetik netizen.

Ini berpunca daripada sebuah blog yang mendakwa bekas madu kepada seorang pelakon terkenal didakwa sudah diceraikan oleh suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Betul ke?

puteri sarah liyana

sarah syamsul

Susulan itu, ruang komen bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana turut diserang warganet sejak dakwaan itu bertebaran.

Rata-ratanya mula ‘berkampung’ bagi mendapatkan pengesahan daripada aktres cantik itu.

Tak tahu apa-apa

puteri sarah liyana sol

Sementara itu, ketika dihubungi OhBulan!, Puteri Sarah secara ringkas berkata dia tidak tahu mengenai desas-desus yang sedang bertebaran.

Kata pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia baru saja tiba di Kuala Lumpur semalam (Ahad) selepas beberapa hari berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

Saya tak tahu. Baru balik dari Jakarta.

Hari ini, sebuah blog mendakwa anak kepada pelakon veteran itu sudah diceraikan menerusi WhatsApp malah dihalau daripada rumah. Lebih dahsyat, ada yang mendakwa si isteri itu ada ‘penyakit berbahaya’.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Kemudian, pada 13 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah Liyana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.