“Betapa hancurnya hati saya” – Noh Salleh serah semula anak selepas wakil Mizz Nina & suami datang ke rumah bawa perintah mahkamah

“Betapa hancurnya hati saya” – Noh Salleh serah semula anak selepas wakil Mizz Nina & suami datang ke rumah bawa perintah mahkamah

 

Wakil Mizz Nina & suami datang bawa perintah mahkamah, “hancur hati saya”, Noh serah semula anak.

Dua minggu lalu, tular berita seorang pembantu rumah membawa lari seorang kanak-kanak kecil atas arahan bekas majikan yang mengakui sudah lama tidak bertemu anaknya.

Semalam, di instagramnya, penyanyi Noh Hujan memaklumkan bahawa dirinya sudah menyerahkan kembali Musa ke pangkuan suami & wakil Mizz Nina yang telah datang ke rumahnya dengan membawa surat perintah mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Noh menjelaskan dirinya telah menyerahkan  Musa walau ianya amat berat untuk menghadapinya.

“Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam. Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.

Dalam pada itu, dirinya menambah, temuramah bersama pihak Melodi dilakukan pada 13 Januari lebih kurang 2.45 petang.

“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni.

Namun malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan  suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.

“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.

Jelasnya lagi, tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana dirinya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

“Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian.