“Besarnya lampu study dia” – Pelajar ulang kaji pelajaran bawah lampu jalan raih perhatian

“Besarnya lampu study dia” – Pelajar ulang kaji pelajaran bawah lampu jalan raih perhatian

 

Bukan mudah nak menggenggam segulung ijazah sebab pelbagai rintangan dan cabaran perlu dilalui terlebih dahulu di universiti.

Kalau musim peperiksaan akhir lagi lah, memang ramai yang korbankan waktu tidur untuk ulang kaji pelajaran.

Seorang pelajar baru-baru ini telah menjadi perhatian netizen apabila dia dilihat sedang belajar di bawah lampu jalan di sebuah universiti di Johor.

Gelagatnya memilih lokasi outdoor di bawah pencahayaan lampu jalan untuk belajar telah sempat dirakam oleh seorang individu yang dikenali sebagai ameirfann di TikTok.

@ameirfann

♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

Dalam video yang berdurasi selama 17 saat itu, dapat dilihat seorang pelajar sedang belajar dengan menggunakan sebuah meja kecil yang boleh dilipat di bawah pencahayaan lampu jalan.

Difahamkan, pelajar tersebut merupakan pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Pagoh, Johor.

6 1

Rata-rata warganet memberi reaksi positif melihat kegigihan pelajar itu untuk belajar dan ada yang berpendapat mungkin dia tidak mahu mengganggu rakan sebiliknya jika dia belajar sehingga lewat malam kerana perlu menggunakan lampu untuk membaca.

Selain itu, ada juga yang berpendapat mungkin dia lebih fokus jika berada di situ berbanding di dalam bilik kolej.

Apa-apa pun, yang penting dia tak kacau orang lain kan. Nak belajar kat mana-mana pun takde masalah.